Jumaat, Julai 22, 2011

jom muhasabah diri..

malam ni..aku terasa seperti nak muhasabah diri..hmm, macam kena je dengan harinya..hari Jumaat..tapi bagi aku, tak kisah la hari apa pun, kalau nak muhasabah diri..bila2 masa, di mana2 pun boleh..betul?

terlalu banyak dosa yang aku buat sebelum ni..sejak kecil..ke alam remaja..dan hingga ke hari ini..dalam sedar atau dalam kawalan si syaitan durjana itu..terfikir sejenak, layakkah aku digelar manusia? layakkah aku untuk..

ahh..manusia..manusia..tak pernah lekang dari dosa..kecil mahupun besar..kecuali nabi junjungan besar kita, Muhammad s.a.w..malunya aku untuk berdepan dengan Allah s.w.t. dengan dosa yang entah berapa banyak aku buat selama 24 tahun hidup ni..

cukupkah amal ibadah aku untuk menampung dosa yang bertimbun-timbun ni? bulan Ramadhan..akan menjelang dalam beberapa hari je lagi..insya Allah, akan aku pertingkatkan amal ibadah di bulan itu..bulan Syaaban ni pun masih boleh buat amal ibadah tau..begitu juga dengan bulan-bulan lain..

Tiada ulasan: