Selasa, Jun 21, 2011

KML..kemuncak zaman remajaku~

malam2 ni, aku terimbau kenangan semasa melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan.sungguh indah! ni semua pasal video yang di'upload' oleh seorang rakanku..aku rasa, masa tu la aku 'kenal' dengan semua orang, dari semua agama..dari situ la juga, aku berkenalan dengan pelajar yang beragama selain dari Islam..pada mulanya, aku boleh katakan masa tu aku diserang kejutan budaya dan agama..serius! di sana aku berkenalan dengan pelajar Islam, tapi tak pakai tudung! aku sungguh terkejut! kenapa? sebab sebelum tu aku sekolah menengah agama..memang tak jumpa kes macam tu..tapi, lama2 tu ok la juga..hehe..syukurlah aku jenis cepat menyesuaikan diri di tempat baru..alhamdulillah
tapi di situ jugak la, aku rasa hidup aku sebagai remaja mencapai klimaks/kemuncak! kenapa?? sebab2nya adalah termasuk seperti di atas!..tak tau nak cakap ape la..tapi memang best la!

kenangan di KML:
Isnin-Jumaat
Hari2 di atas adalah hari bekerja..untuk kitorang sebagai pelajar, hari belajar / kuliah la kan? betul? aku ingat lagi, subjek yang paling aku minat dari sekolah menengah sampai sekarang ialah.. KIMIA! suke giler giler!! bila ada assignment kena bagi, aku terus siapkan tanpa lengah! hoho.minat punya pasal, markah pun selalu top la! hehe..lecturer yang ajar aku time tu bernama..Cik Asmahani..memang sempoi la! kadang2 garang juga..tapi ok ba! hehe..
subjek MATH, subjek ke-2 yang aku minat..diajar oleh Miss Tan (Sem 1) dan Sir Ding (Sem 2)..kalau aku ada masalah nak siapkan assignment Math, aku refer kat roommate aku, Kong Mee Sing..

Sabtu-Ahad
hujung2 minggu macam ni, kalau aku tak 'outing' ke UK, aku dengan rajinnya 'joging' ke pantai pohon batu (kalau tak silap)..dengan member terbaek aku time tu..Ernawati Toba..dalam jam 7 pagi macam tu, kitorang dua 'start' 'joging'..memang best! sampai pantai tu sejam kemudian..rilex2 jap..pastu, cari makanan untuk sarapan..yang 'best'nya, di pantai tu ada pula orang berniaga!! wah..makin sedap la makan..ngeh3~ pekena air kelapa lagi tu..perghhh~

itulah antara rutin harian aku semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan..sebenarnya, masih banyak lagi kenangan terindah aku di sana, tapi tangan ni tak termampu untuk menaip di sini..terlalu banyak! hanya gambar simpanan aku menjadi kenangan yang tak terungkap.. ;')

aku sayang KML...miss u! ;')

p/s: teringin rasanya nak jenguk KML sekali lagi..sebagai pengubat rinduku..

Tiada ulasan: