Jumaat, Jun 10, 2011

jadualku makin sesak!

hari demi hari..menuju hari bahagia kawan baik aku masa sekolah TABIKA, sekolah rendah dan menengah dulu..makin sibuk..pagi tadi, aku sempat untuk berbual2 dengan bakal pengantin baru tu..
"hehe..tak sangka..aku dah nak jadi bini orang! hahah XD"

itu bukan aku cakap..serius! dia tak percaya zaman bujangnya akan tamat hujung minggu ni..insya Allah..
bila fikir2 balik..aku sendiri tak sangka..tapi seruan jodohnya dah sampai..alhamdulillah..dia naik pelamin dulu dari aku..hehe..
tahun ni, makin ramai kawan2 aku naik pelamin..alhamdulillah..hujung tahun ni, insya Allah, kawan nursing USM juga bakal menamatkan zaman bujangnya.. ;)

untuk kawan2ku..yang bakal menuju alam perkahwinan dan rumahtangga..
SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA BERBAHAGIA SELALU..DAN SENTIASA DILINDUNGI DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMAT-NYA..AMIN~ ;)

p/s: esok..makin sibuk di rumah pengantin...hmm, agak2, apa tugas yang bakal diberikan untuk aku pada esok hari? lusa?? ermm..macam sebelum2 ni ke? 'penjaga' makanan buffet? watch out from flies? alert bila makanan dah habis?...

hidup mesti diteruskan..walau apa yang terjadi..

Tiada ulasan: