Isnin, Mei 23, 2011

tanggungjawab berpindah...

"eh, berapa kali ko update blog ni? aku tengok dalam sehari, macam banyak kali juga jari2 ko tu mengetuk2 papan kunci laptop.."
itulah yang ditanya oleh adik aku..mungkin juga kepada mereka2, atau korang2 yang ternampak blog aku selalu updated! maklum, masih tak keje...inilah keje tetap aku, disamping duk buat minipopia..ngeh3~

dalam tengah hari tadi, aku duk baca entri dari pinkymomma tu..romantiknya! best sangat anniversary akak tu dengan suaminya..hmm, teringin sangat punya keluarga sendiri macam tu..hehe.. ;)

bermula esok sehingga 2 minggu berturut-turut, aku akan bekerja sebagai 'driver' kepada adik aku..hantar dan amik dia dari sekolah..penat?? ini dah kira tanggungjawab aku yang diberikan kepada mak dan bapa..bila diorang takde di sisi kitorang..kena berdikari lebih sikit dari yang biasa..beli ikan, sayur dan barang2 dapur..semua tergalas di bahu aku..inilah untungnya anak sulung, peranan dalam keluarga sangat penting, belajar untuk bertanggungjawab suatu kemestian! kalau tak, jangan dipanggil sebagai anak sulung!
sekarang ni pun aku dah rasa penat sangat..mata pun kelat semacam..balik2 menguap..mata pun dha berair..
ok la.selamat malam semua! esok jumpe lagi..insya Allah ;)


huwaaa.. :O



Tiada ulasan: