Isnin, Mei 09, 2011

Kes buli tak pernah sudah...

adeh..malam ni terasa pula sakit tengkuk dan bahu aku.mana taknya, seharian duk buat minipopia untuk dijual..huhu. Penat weh..tapi penat2 pun, duit tetap masyukk...alhamdulillah.hehe

korang dengar tak berita baru2 ni, tentang kes buli pelajar perempuan? dah kena gantung sekolah budak2 yang MEMbuli tu..yang KENA buli dapat pembelaan..menurut berita yang aku dengar tengah hari tadi, video buli tu dah lama disiarkan di fb dan malah youtube..aku tak tahu la pula..tapi bila tengok video tu tadi melalui berita tv3, perghhh..memang kejam la! siap main jerut leher pula guna necktie!..kalau mati budak tu dibuatnya..haa, tak ke jadi kes bunuh tu?? yang KENA buli tu anak orang tau! bukan anak makhluk lain! aku dapat rasakan, yang KENA buli tu mesti pelajar yang diam jek, jenis tak pandai melawan..dan yang MEMbuli tu pula, mesti yang superior! tak gitu? ish..geram aku! tapi bila fikir balik, kenapalah diorang record dan upload video tu? hmm, mesti diorang fikir best buli2 ni..jadi diorang kongsi kat public melalui mana2 website..nak popular punya pasal, kan? bongok? haha.. XD
macam2 cerita dunia sekarang ni..ish3~

dunia oh dunia..

2 ulasan:

Cinoi Lavigne berkata...

Nampak vid tu mcm ada org share di FB tapi tiada tengok pun. Apa tajuk vid tu ?

cik blogger berkata...

entah la..xtau pula..aku dapat tahu pun time tengok berita ja..try cari kat youtube dgn tjuk BULI ke..mungkina ada.. ;)