Selasa, Mei 31, 2011

Dalam kenangan...


'perginya' seorang pendidik yang berkaliber dan penuh dengan pengetahuan sangat2 dirasakan oleh insan yang sedang dan pernah berada di sekelilingnya...termasuk aku sendiri..beliau pernah menjadi supervisor aku dalam membuat tugasan 'research project' setahun yang lalu..beliau sangat2 membantu..sehinggakan ramai antara rakan2 aku yang lain, cemburu dengan aku..mana taknye..beliau pernah tolong aku untuk 'collect data'!! bukan kemahuan aku..tapi beliau sendiri!! sungguh aku terharu..dalam kesibukannya, beliau masih ada masa untuk anak2 didiknya..dalam memastikan yang terbaik untuk kami..

selepas je aku tamat belajar di U, dia galakkan aku untuk 'join' satu 'nursing conference' Jun tahun lepas..tapi aku menolak dengan baik.sebab masalah peribadi.. untuk kali kedua, dia ajak sekali lagi, untuk nursing conference Jun, jawapan aku tetap sama...sebelum tu, beliau ada ajak pergi Jawa, Indonesia..untuk International Conference..beliau sangat2 bersemangat untuk join conference tu, maklum..research yang aku buat berkenaan dengan H1N1..dan jawapan yang sama juga aku berikan kepada beliau..aku rasa bersalah pula..aku harap, time tu dia memahami aku..

salah seorang rakan seperjuangan aku..baru je bagi moral support untuk aku..dia tahu, aku sungguh rapat dengan mendiang..terima kasih Jojot (bukan nama sebenar)..

sungguh, beliau adalah permata dalam pendidikan khususnya 'kejururawatan'..

tapi, seperti firman Allah swt, dalam surah al-Ankabut, "setiap yang hidup, pasti mati"..

semoga rohnya aman di sana... ;'(


bersedih...