Isnin, Mei 30, 2011

entri khas untuk adik aku.. ;)

3 jam yang lalu...

adik aku dah pun berangkat ke KK..dalam jam 7.30pm nanti, dia dengan seorang rakannya akan 'terbang' ke Tawau..esok dia akan melapor diri di sana..dan 1hb Jun, sah dia akan memulakan perkhidmatan sebagai pegawai bomba gred K17 (kalau tak silap..) bukan di Tawau, tapi di Semporna..
ini kali pertama dia akan ke KKIA tanpa orang tua aku..huhu..banyak benor dia tanya itu ini..yelah, maklum dia dah lama tak 'terbang'..last sekali pun time dia masih sekolah menengah..hmm, sebab dia ikut lalulintas SHELL..kesian dia..kalau ikutkan hati aku, nak je teman dia di KKIA tu..tapi, takpelah..insya Allah dia boleh 'check in' sendiri..hihi..anak lelaki la katakan..
hmm, agak2 korang kenapa aku tiba2 cerita tentang dia ni??
dialah satu2nya adik lelaki yang aku ada..

sekarang..

agaknya, adik aku dah sampai Tawau kot..ya! dia baru je telefon aku..dia selamat sampai di Tawau..sekarang ni duk tunggu pakcik aku untuk ambil dia..mungkin malam ni dia dengan kawannya seorang bermalam di rumahnya..hmm, yang tu aku cukup pasti..

ok la.apa2pun, selamat memulakan kerja untuk dia..walaupun dia hanya seorang diri, ditempatkan di sana..aku tahu dan yakin..dia boleh mengharung semua cabaran dalam hidupnya sebagai ahli bomba ;)



Tiada ulasan: