Jumaat, Mei 20, 2011

Alahai Kak Siti Nurhaliza... ;)

salam..hai semua!

tengah hari ni baru aku boleh dan sempat update blog! dari pagi tadi aku dengan mak dan adik aku pergi pekan..beli barang2 keperluan untuk kenduri esok..pulang dari pekan dalam jam 10.45 pagi..tak panas punggung lagi, bapa aku suruh amik adik aku dari sekolah..huhu..time tu jam 11.10 dah..penat seyhh~ tapi nak rehat lama sikit, takut jalan 'jam' pula..aahh, on je la sekarang..sampai kat pekan..perghh..padat giler jalan! maklum, time tu la kereta banyak..nak amik budak2 sekolah..tambah lagi hari jumaat..mesti ramai yang balik rumah, nak tunaikan solat jumaat kan? jadi, slow2 je la drive..ternyata..seksa kaki ni..asyik tekan clutch..
haa..lupakan la cerita pasal tu..semua pun pernah mengalami benda macam ni kan?

ok...cerita pasal AF9 la pula..huhu..boring?? meluat? haha...aku saja nak komen sikit2 kat sini..boleh kan?

lagu2 tugasan pelajar dah dibagi Isnin lalu..ternyata..masuk juga satu lagu penyanyi kegemaran aku..siapa lagi kalau bukan...

credit: google..

lagu apa?? Purnama Merindu..bakal dinyanyikan oleh Fina..hmm, lagu tinggi lagi..cuba la try bagi kat Lena ke..Nera ke..hmm, takpelah.kita orang luar ni takde kuasa nak tentukan lagu2 diorang..dengar je la..kalau dia terikut sikit style Kak CT aku nyanyi..awas! wah..marah nampak? huhu.bukan la marah..tapi, try bawa style sendiri..bagi aku, takkan ada siapa2 yang boleh tandingi kak CT aku..betul..serius wa cakap kat lu~ haha..

Lagu Lena?? aduhyai! tak best langsung! nak tahu lagu apa? korang cari la kat internet..sorrytosay, aku memang tak suka lagu tu..masing-masing punya citarasa tersendiri kan? yang tu tak boleh pertikai..

Nera? hmm..ok la kot try nyanyi lagu tu..harap2 dia boleh bawa..kalau tak, marah warga veteran kita tu nanti, terutama sekali peminat Hetty Koes Endang..haa..jangan memain Nera...Goodluck to Sabahan!

pelajar lelaki pula, aku rasa lagu2 diorang ok la..ada best sikit! goodluck jugak!

tak sabar nak tengok diari af9 malam ni..ada Kak CT ku!!!!

p/s: teringin sangat nak jumpa, borak dengan Kak CT..dari tahun 1996 lagi sampai sekarang..agak2 berapa tahun dah? 15 tahun! cuba approach lain, follow twitter beliau..tapi sampai sekarang tak pernah dapat reply..hmm, bz kot? bukan aku sorang peminar dia..tapi jutaan!! takpelah..sabar2..mudah2an nanti dia reply la juga..sayang kak CT!

love 1st top singer in the Malaysia!

Tiada ulasan: