ok2..aku tak sabar nak cerita kat blog sekarang ni! hohoo...kenapa? nak tahu?? check it out!!
kawan se'batch' nursing aku nak kawin la!! yeahhh..ramai yang tak sangka..mana taknye, duk senyap2, diam2..alih2, nak kawin dah..yang menambahkan kekejutan aku, bakal suaminya tu..kawan aku juga!! tapi kos lain..forensik!! alhamdulillah..dalam kekejutan, ada kegembiraan..hehe..sungguh! tahniah kepada diorang berdua... ;D
dan itu berita gembira..
aku ada persoalan nak kongsi dengan korang ni...apa dia?
korang terfikir tak, kenapa budak2 sekitar umur 3 hingga belasan tahun, even sampai ke tua..tak suka makan sayur??? haaa..ce jawab..ce jawab..faktor? parent tak tekankan kepentingan sayur dari kecik? atau...warna sayuran mempengaruhi?? idea ni aku dapat bila tengok banyak iklan kat tv menunjukkan yang budak2 tak suka makan sayur..tapi digantikan dengan susu yang penuh berkhasiat, dengan DHA dan apa2 lagi la... (yeke??) kepada blogger atau reader yang dah jadi ibu atau bapa kepada anak2 mereka..pernah tak terfikir masalah ni? tambahan lagi, sekarang ni, hangat duk cerita pasal obesiti dalam kalangan budak2 sekolah...haa...ce kita bincang sama2 kat ruangan komen ni..ok?? boleh? TERIMA KASIH BANYAK2...ini untuk perkongsian pendapat kita..
suke bincang isu kesihatan semasa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan