Isnin, April 25, 2011

Mohon kerja lagi...dan lagi?

salam...pagi semua!
hari ni Isnin kan? kepada yang belajar di sekolah, semoga bersemangat pagi ni! mesti tengah berbaris kan? hehe...opps, jangan skip breakfast ye adik2..jangan jadi macam akak, dulu time sekolah rendah, pernah sekali tak sarapan..alih2, time berbaris, pitam! hoho..
kepada yang bekerja di mana2 saja, mulakan kerjamu dengan nama Allah, Bismillah..semoga pekerjaan dan rezeki yang bakal korang dapat akan diberkati oleh-Nya..amin..
pagi Isnin aku pula dimulakan dengan menyiapkan dokumen2 untuk permohonan jawatan ('sekali lagi? aku takkan bosan!') di Gleanegles Intan, Ampang, KL. ni pun sebab kawan aku bagitau, dia dah dapat kerja kat sana..mungkin hari ni dah start kerja kot..bestnya..huhu..e-mail dah send, nak hantar hard copy pula hari ni melalui pos laju. Insya Allah, mudah2an Allah membukakan pintu rezeki aku kali ni..amin~ mak pun dah terbuka hati untuk membenarkan aku, andainya aku dapat kerja di sana..beliau pentingkan pengalaman..ya, betul la tu..lagipun, kat Sabah ni, ada 2-3 je private hospital..tu pun takde yang tawarkan kerja untuk kami yang bergelar freshie ni..('benci sangat, tak nak bagi peluang untuk kitorang..huh!')
ok la..aku nak bersiap pergi pekan, dengan mak..nak pos laju dokumen2 job application ni..sekali beli barang2 dapur, ok!

p/s: Alhamdulillah, minipopia yang makcik tu order dah aku hantar tadi..;)


2 ulasan:

Farah Shamsudin berkata...

Usaha tangga kejayaan.. insyaAllah, kalau ade rezeki tak kemana..

cik blogger berkata...

ya..insya Allah..doakan yek! ;D