Isnin, April 25, 2011

Betul?? eh..betul ke??

nyumm..nyumm...slrpp..opsss?? maaf2, tengah minum petang ni.. Nescafe susu panas + cekodok pisang hangat!! fulaweeehh..sedap! haha..inilah masanya untuk aku makan cukup2..mungkin, bila dah keja nanti, mesti aku ada skip makan, dek kesibukan melanda..betul?

tau tak, aku makin tak suka tengok cerita apa2 je la..bila datang bahagia untuk sesuatu watak tu, tiba2 datang pula derita..untuk masa ni, aku tengok cerita SCM dan Marimar..tapi yang menghairankan, benci..benci juga, tapi kenapa masih lagi nak tengok? pelik kan? bak kata seorang blogger (aku dah lupa siapa blogger tu..) tengok cerita drama ni, lebih2 lagi cerita Indon..terasa macam satu ketagihan..boleh dikatakan 'drama addicted' la..hmm, tapi masa ni la aku dapat layan cerita2 macam tu, bila dah keje nanti, mungkin langsung tak tengok tv..betul?

Masalah datang bertimbun..apa lagi kepada kami fresh graduated nursing..bukan dari IPTA kami sahaja, tapi seluruh IPTA/S lain..punya nasib serupa..sekarang duk kumpul bukti untuk diajukan kepada pihak atasan..supaya masalah kami, sebagai rakyat didahulukan..moga2, akan ada penyelesaiannya nanti..kalau tak kami sekalipun, moga2 adik2 junior yang lain takkan rasa keperitan yang kami rasai sekarang ni..seperti bak kata 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, betul?

Pagi tadi, sekali lagi..aku apply job di Gleneagles Hospital, Ampang..aku dah hantar dokumen2 berkenaan melalui pos laju..semoga kali ni, rezeki berpihak kepada aku.amin~

Buka FB, ada satu mesej dari kawan aku..dia tahu aku masih jobless, jadi..dia bagi link untuk satu jawatan kosong...di UiTM...AGAIN??? banyak kali dah mohon kat sana..aku hampir putus asa!! kalau tak silap aku, ini dah kali ke-3 atau ke-4 U tu tawarkan job kosong, dari tahun lepas lagi..tapi, 1 pun aku tak pernah sangkut..ish! ada orang kata...ada kabel, boleh la 'jalan'...ni, takde kabel...macam mana nak jadi? betul?

eh..berapa banyak kali betul la?? hoho...

haih, kehidupan yang penuh teka teki..

Tiada ulasan: