hari ni, pagi aku dimulakan dengan aktiviti berjoging...di Taman Tasik Beaufort..4 kali pusingan tasik, 2 kali aku berjalan, dua kali aku joging..sebagai permulaan, setelah lama aku tak jog..huhu...rasa ringan sikit badan ni lepas joging..
lepas joging, jalan2 ke 'tamu'...kalau kat Semenanjung, kira pasar tani la..tapi kat sini orang Sabah panggil 'tamu'..bukan tetamu ok! hehe.. Tamu Beaufort dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu..
macam biasa, pergi tamu beli sayur, ikan..barang2 basah macam tu murah bila dijual di tamu ni..sudah tentu ramai yang datang berkunjung..tak kurang juga ada yang jual ayam hidup, hamster, baju2 dress..tudung...dan lain2..
ok..lupakan cerita tu..
nak tau? sesi tuisyen yang aku nak buat sebelum ni dimulakan hari ni..tapi cuma adik sepupu aku...dia lemah dalam Math..jadi aku ajar dia Math... perasaan aku? memang penat..bukan penat apa, penat bercakap dan mengajar..susahh juga nak jadi 'cikgu' ni kan? betul la apa kata kawan2 aku yang dah dan tengah jadi cikgu.agak sukar untuk buat pelajar kita memahami apa yang kita ajar...tapi, aku SERONOK mengajar!! tak tahu kenapa..mungkin sebab bakat mengajar ni turun dari bapa aku sendiri..yang dah lebih 20 tahun mengajar..
dalam hari esok, aku akan start edarkan iklan tuisyen yang aku nak buat ni kepada orang kampung.tapi, aku cadang mungkin nak tampal je kat kedai runcit yang menjadi tumpuan orang kampung...insya Allah...doakan ye...
minipopia!! aku ingat nak jual esok..tapi, tadi time g tamu lupa la pula beli plastik untuk bungkus popia tu..hmm, takpe..mungkin aku beli esok la kot..memandangkan hari ni tak berkesempatan..insya Allah...doakan sekali lagi ye..
satu kemusykilan yang berlaku kepada blogger lain sebelum ni, dah berlaku kat aku sendiri!! apa dia?? 'YOU ARE NOT FOLLOWING ANY BLOG!!" boleh tak macam tu?? aku nak prt sc kat sini..tapi tak dapat..huhu..ada la tu masalahnya..macam mana nak buat ni? padahal banyaknya blog yang aku follow..huhu..takpela..make it once again!!
mood: penat!
3 ulasan:
nak jadi cikgu ni kene banyak sabar..jgn syok sendiri masa ngajar dah lar!!!hahaha
aku tak sesuai jd pendidik..huhu tp ko sesuai hehe
CA: aah..memang menuntut banyak kesabaran!! huhu..sabo je ley~
SK: belum try belum tau, yan..ada tu potensi diri ko utk jadi pendidik! percayala~ (melodi lagu ct..hoho)
Catat Ulasan