Jumaat, April 29, 2011

kepada pencuri kabel yang tak kenal erti jemu...

salam semua!

ok...dapat je berukband ni kat tangan aku, terus je aku ngap!! aha..bukan telan, tapi terus sambung internet connection!! kebetulan pula adik aku yang duk study kat UMS tu balik pula hari ni..kenapa aku guna berukband ni? LINE INTERNET TAKDE LAGI KAT RUMAH NI!!! KABEL TM KENA CURI LAGIK!!! bulan ni dah masuk 2 kali dah..itu baru bulan ni je..bulan2 sebelum ni pun macam tu juga!! adoyai..kenapalah MISKIN sangat orang yang curi tu?? bukan apa, cubalah buat kerja lain..orang lain nak guna la telefon ni..dah la bayar setiap bulan..tak kurang tak lebih!! rugi la macam tu kan??kan??

ok la..tak nak membebel lagi..bateri laptop ni pun nak nyawa2 ikan dah..jadi, aku kena CEPAT,PANTAS!!

banyak cerita ni..tapi dah blank! hoho..takpela, aku nak story pasal Royal Wedding hari ni..tepat jam 6 petang tadi, korang ada tengok tak? fuh, memang meriah la..itu baru tengok kat dalam gereja..yang kat luar??? jutaan rakyat jelata Britain turut sama meraikannya!! huhu..bestnya dapat kawin anak raja..opss? putera raja..hehe..apa2pun, congrate to Prince William & Kate Middleton~

petang tadi, sapa tengok al-Kuliyyah?? hehe..apa topik hari ni yang dibincangkan?? ngeh3~ saje je tanye, sebenarnya, aku ada tengok juga tadi.hehe...sebagai persediaan untuk alam perkahwinan nanti..tak salah kan? hehe...

hmm, bateri tinggal setengah..esok, kalau ada kesempatan lagi, aku update lagi k! selamat malam semua...

p/s: aku tak dapat tengok maharaja lawak..apa cerita malam ni ek? esok, tengok kat youtube..
kepada semua bloggers/readers, ada apa2 cadangan tak, macam mana nak rencatkan kes kecurian kabel elektrik/ telefon ni?? tinggalkan kat komen yek.. TQ


bengang!

Tiada ulasan: