Selasa, April 26, 2011

Kepada Allah aku berserah...

Alhamdulillah..itulah ayat pertama yang aku ucapkan di pagi hari.terima kasih, ya Allah..kerana mengurniakan aku rezeki dalam pelbagai cara...antaranya, Allah masih meminjamkan aku nyawa..buktinya? aku masih bernafas..alhamdulillah..

ungkapan 'alhamdulillah' ini juga aku panjatkan hanya untuk-Nya..kerana hasil jualan minipopia aku dah hampir habis..dan aku sudah pun ambil 'hasilnya'...walaupun tidak seberapa, tapi aku tetap bersyukur..barulah aku rasakan, macam mana susahnya mencari rezeki, dengan tangan sendiri..dengan tenaga sendiri..selama ni, aku hanya mampu untuk menghabiskan duit orang tuaku...jujur, aku boros...bukan untuk aku memalukan diri sendiri..tapi inilah hakikat yang harus aku terima..hakikatnya, aku baru sedar, rezeki Allah ada di mana-mana...tinggal kita je untuk mencarinya..

di TV9 sekarang ni melalui rancangan 'Semanis Kurma', tengah membincangkan 'rajuk jiwa menanti permata'..boleh tangkap kan dari tajuk tu? topik tersebut ada kaitan dengan entri abang Ben Ashaari kita sebelum ni (kalau aku tak silap..) kesimpulannya, banyak2kan berdoa..bersabar...banyakkan bersedekah...dan ikhtiar, usaha yang tidak menyimpang dari syarak.. kepada kepada mereka2 yang masih belum ada rezeki untuk memiliki zuriat..di sini aku ingin berkongsi satu info yang sangat berguna dari rancangan tersebut, dan boleh diamalkan selalu..iaitu doa dari surah Ali-Imraan; ayat 26,27 &38 dan juga surah al-Anbiya': ayat 89.. insya Allah, Allah mendengar permintaan kita..amin~ kalau ada tafsir al-Quran, lagi bagus..untuk mengetahui makna setiap ayat itu...insya Allah..


jangan bersedih, Allah bersama kita..

Tiada ulasan: