Rabu, April 27, 2011

Kaitan masalah sosial remaja dengan BERKHATAN?

salam, pagi semua!
aku klik2 blog yang aku follow..dan terjumpa satu entri yang aku rasa, mungkin inilah jawapannya untuk masalah sosial dalam kalangan anak2 remaja masa kini..
HUKUM BERKHATAN LELAKI DAN PEREMPUAN!! ok..kita fokus untuk PEREMPUAN, sebab khatan untuk lelaki memang dah jadi kebiasaan & kewajipan untuk semua umat Islam, betul? aku percaya di luar sana, masih ramai yang tak tahu berkhatan sangat perlu dan dituntut ke atas perempuan..nak tahu lebih lanjut, KLIK!

ok..dah baca entri tu? ok! aku nak cerita tentang pengalaman aku sepanjang praktikal aku di HUSM, terutama sekali di wad Antenatal..

aku dan seorang rakan baik aku, Atie berpeluang untuk menyertai satu sesi ceramah agama dari seorang ustazah, yang memang ditugaskan untuk memberikan ceramah dan panduan kepada bakal2 ibu selepas bersalin kelak..antaranya menyentuh tentang darah nifas, mandi wajib, dan tidak ketinggalan soal berkhatan dalam kalangan anak2 perempuan! aku dan Atie bertanya soal ini, tentang hukum..dan juga apa sebenarnya yang dikhatan dari perempuan ni..ustazah tu sendiri tak berapa pasti untuk menjawab, since dia pun belum lagi menikah, apa lagi mempunyai anak (mungkin dia dah kahwin kot sekarang..) dan ustazah tu menjawab, "apa yang saya dengar, orang2 tua kata, hujung klitoris dicucuk dengan satu jarum, dan bila keluar sedikit darah, itu bermakna perempuan itu telah selamat berkhatan..tujuannya adalah untuk mengawal nafsu syahwat bila dah dewasa kelak.." ok, itu yang dia bagitau la,apa yang dia dengar..dan dari ENTRI yang aku linkkan tadi, aku dapat kaitkan...khatan dalam kalangan perempuan sangat2 dituntut untuk dilaksanakan, untuk mengawal nafsu syahwat yang berlebihan..setelah apa yang berlaku sekarang ni, dengan pelbagai masalah sosial.. ini adalah peringatan untuk aku sendiri dan kita semua..sama2 kita renung2kan dan amalkan..insya Allah~


sekadar berkongsi..

Tiada ulasan: