Ahad, April 17, 2011

Inilah hidup..(part 1)

*Inilah cerpen pertama cikblogger...*

“Cerita dan watak-watak dalam cerpen ini tidak dikhususkan untuk mana-mana orang perseorangan.”

Babak 1

“Sah??”

“Sah..sah!!”

Alhamdulillah, desus hati Adam dan Hawa, pasangan pengantin yang baru sahaja selesai diijabkabulkan oleh seorang imam atau tok kadi.

Majlis kesyukuran yang dibuat ringkas saja, tapi cukup meriah. Dengan persembahan pancaragam, rata-rata semua tetamu yang datang menyumbangkan lagu kegemaran masing-masing.

Majlis selesai dalam kira-kira jam 11 malam.

Malam itulah merupakan malam yang indah buat pasangan pengantin baru.

5 tahun berselang...

“Alya..Arif...buat apa tu?”

“Tengah main di laman, ibu!”

“Main elok-elok tau. Jangan gaduh-gaduh!” pesan si ibu, Hawa.

Tiba-tiba, datang ayah Hawa, Pak Badar ke ruang tamu. Ketika itu, Hawa tengah melipat kain yang dah pun kering dijemur pagi tadi.

“Hawa, ayah ingat nak bela ayam la. Ok tak?”

”Ayam? Nak buat apa, yah? Nanti banyak pula kerenahnya.” tanya Hawa. Pelik. Kenapa ayah ni tiba-tiba nak bela ayam? Buang tebiat ke apa orang tua ni, desis hati kecilnya. Nanti, mana nak buat rebannya lagi, baja atau jagung untuk makanannya lagi, tahi-tahi ayam lagi. Ish!!

”Saja je. Tiba-tiba rasa nak bela ayam pula. Hmm, takpelah..Ayah nak pergi pekan jap. Nak tengok mana-mana ayam yang ayah berkenan nak bela. Ayah pergi dulu Hawa.”

”Yelah. Hati-hati, yah!”

”Hmm, Hawa..ayah nak pergi mana pula tu?” Terkejut Hawa dibuatnya. Tiba-tiba suaminya muncul, entah dari mana.

”Entah la bang. Dia kata tadi nak pergi pekan. Nak tengok dan beli ayam, untuk dibelanya”

”Again??!! Dia ni, kalau tak pergi pekan untuk sehari, tak boleh ke? Hari-hari nak pergi pekan. Kadang-kadang tu, abang tengok, bila dia balik je dari pekan, dia tak beli apa-apapun. Jangan-jangan dia main nombor lagi tak?” Duga si suami. Sebelum ini, memang Adam tahu benar yang ayah mertuanya itu suka main loteri. ‘Entah apa yang dicarinya pun aku tahu’ Hati kecil Adam bersuara.

Si isteri hanya mampu berdiam diri. Tak mampu untuk bersuara, apalagi untuk memandang wajah suaminya yang dah mula ‘ketat’ itu.

“Biarlah dia, bang. Itu suka dia nak buat apa pun. Janji tak menganggu ketenteraman awam.” Pujuk Hawa. Malas dia nak layan kerenah suaminya yang cukup terkenal dengan sifat panas baran yang terlampau.

2 hingga 3 bulan berselang...

Apa yang berlaku dalam beberapa bulan seterusnya?

bersambung...

penangan suka menaip...

Tiada ulasan: