Jumaat, Januari 14, 2011

cerita malam ni??

salam...hai semua pengintai blog aku!! hehe..
maaf lambat update blog..
aku baru je balik dari temankan mak aku untuk hadirkan diri ke majlis
Malam Mesra Hari Keluarga Hospital daerah di sini la..[takyah la sebut k..hihi]
kesimpulannya, acara majlis tu lebih kepada ucapan perasmian, makan2, karaoke dan penyampaian hadiah untuk sukaneka pagi tadi..
hmm, nak cakap pasal makanan, pihak penganjur menyediakan nasi ayam, dan sedikit lauk pauk yang lain dan yang buat aku rasa berselera sangat makan tadi, ada sayur ala2 coleslaw..campuran kubis dan lobak yang dipotong halus dan memanjang, dicampur dengan mayonis...ohh, sedap sangat2!! mungkin sebab time tu juga aku lapar gilak!!hoho..
lepas acara makan2, ada pula acara karaoke!! hoho...favorite event hampir semua orang~
yang buat aku tergelak dan kesian, 'orang besar' di sana yang jadi peserta pertama karaoke, time dia tengah nyanyi..penonton bersorak seolah2 'buli' dia..kesian~ mungkin sebab dia 'orang besar' yang termuda dari kalangan 'orang2 besar' di sana..
tapi takpela..janji diorang gembira!! tepat jam 9 aku dan mak balik rumah...sebab takut ada 'orang' tu naik hangin!! hoho..mahap la yek..
ok la..entri malam ni sampai sini je yek..penat pula rasanya..ngantuk~
selamat malam semua!! zzzZZZZZ


Tiada ulasan: