sedih..sangat sedih..
bila mana terkena batang hidung sendiri..
setakat ni xtau la berapa banyak lagi lepasan graduan yang masih menganggur..macam aku..
tapi apa yang pasti..bagi pendapat aku sendiri...masuk U tidak semestinya menjamin seseorang itu untuk dapat pekerjaan dengan mudah selepas bergraduasi..
ya, jawapan yang paling rasional untuk persoalan ini ialah... REZEKI BELUM LAGI SAMPAI...
usaha untuk mencari kerja sendiri walaupun di luar bidang yang telah dipelajari sebelum ini sudah pun dibuat..tapi jawapannya..HAMPA~
apa aku tak layak ke untuk kerja2 yang aku apply sebelum nih??
oh..jawapannya tetap sama...REZEKI BELUM LAGI SAMPAI...
bukan aku berputus asa, atau tidak menerima ketentuan dan perancangan dari Dia..tapi aku sedikit kecewa dengan apa yang aku hadapi sekarang ni..
uhh...aku hanya pasrah dan berserah kepada-Nya..
aku yakin..pintu rezeki untuk aku akan dibuka dan diperluaskan juga pada masa depan.amin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan