Selasa, Januari 04, 2011

Saya Nak Cuti!!!


[pinjam banner/logo kat atas jap..hehe]

malam-malam yang dingin tadi rasa seronok bila borak-borak dengan mama pasal pengalaman bila berada di Tanah Semenanjung..baru-baru ni dia termasuk saudara yang lain berangkat ke Kelantan Darul Naim untuk menyertai rombongan perkahwinan abang sepupuku..
bila cerita pasal Semenanjung, mama mesti cerita pasal MAKANAN!! haa...sebab 20 tahun lebih sebelum ni dia pernah melanjutkan pelajaran di Kolej Jururawat Johor Bharu, Johor..jadi, automatik dia banyak pengalaman dalam menikmati makanan orang Johor.hehe..dan dia sendiri buat kesimpulan, yang makanan di Semenanjung ni sedap2 belaka!!
ya, aku setuju!! memandangkan aku juga pernah melanjutkan pelajaran di Kelantan Darul Naim [bukan Johor ye..] jadi aku juga pernah menikmati variasi makanan di negeri tu..huhu, memang sedap gilerrr!! makanan kegemaran aku bila duk Klate ni, NASI KERABU, BIHUN SUP, TOMYAM, CHIMCHUM..dan banyak lagi [tak terkata la..]..memang tak sia-sia juga la aku menjadi perantau negeri orang nih!! huhu..
seperti tak puas dan teringin lagi nak merasa makanan2 di Semenanjung Malaysia, aku dan mama memasang niat untuk pergi bercuti lagi selepas ini, di negeri selain Kelantan dan Johor..ya, mungkin bukan sekarang, memandangkan aku masih belum lagi bekerja..bila dah kerja nanti, insya Allah ada rezeki,panjang umur aku akan bawa family pergi bercuti..LAGI!!!! amin~

Tiada ulasan: