Sabtu, Disember 18, 2010
story 2010
salam pagi, salam ceria..
di pagi Sabtu indah ni, aku buat keja2 rutin harian di rumah..
err...sebenarnya nak cerita, or story morry tentang hidupku sepanjang tahun 2010 ni..
banyak juga kenangan-kenangan manis sepanjang tahun ni,
1) 6hb Mei 2010 --> pengajianku di USM terchenta berakhir, bersamaan hari ulang tahunku yang ke-23..alhamdulillah...hari tu juga last paper exam aku di sana..
2) 23 Julai 2010 --> aku menduduki exam LJM bersama Olivia, kitorang dua ja amik exam di Sabah, Kolej Kejururawatan Sains Bersekutu di Bukit Padang..selama 2 hari [hari 1, taklimat, hari ke-2, exam]..dan keputusannya???? alhamdulillah, aku LULUS, dan sijil dan lencana pun sudah di tangan aku.alhamdulillah, sekali lagi..
3) 4hb Ogos 2010 --> buat pertama kalinya, aku telah pun sampai Penang sehari sebelum tu, sblh malam..tepat jam 9 mlm..dan pada hari ini, aku telah bertemu dua mata dengan insan yang ku sayang selama ini.alhamdulillah, pertemuan pertama ini menguatkan lagi rasa bahagia antara kami..alhamdulillah...
4) 5hb Ogos 2010 --> aku telah selamat bergraduasi..walaupun tanpa dia, aku tetap ditemani dengan kedua orang tuaku..maklum saja di tempat orang dan tiada saudara terdekat di sana, perjalanan agak terbatas, hanya bergantung harap dengan teksi..memang bila kita di tempat orang, besar kemungkinan kita akan ditipu..tapi tak menjadi apa la..benda dah berlaku..
5) 6hb Ogos 2010 --> si dia bertemu dengan kedua orang tuaku.memang pada mulanya, diorang banyak komen, tapi aku harap, diorang boleh terima dia.. si dia pula, malu2, terketar2 tangan bila bersalam ngan bapa..huhu..nak tergelak juga..
6) 7hb Ogos 2010 --> kali terakhir aku bertemu dengannya..jujur,aku memang sedih,tapi aku yakin, insya Allah, akan ada masa lain kami akan bertemu lagi..insya Allah..
inilah cerita 2010 untuk aku tahun ni..alhamdulillah untuk segalanya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan