Isnin, Jun 29, 2009

7 Utara...medical ward..

hari ini adalah hari pertama aku dan rakan-rakan lain menjalani praktikal untuk setiap hari waktu bekerja...aku dalam kumpulan 1b..kami ditempatkan di wad 7 Utara..hari ini aku shift petang..nak cakap penat, memang penat..letih..capek..ngalih..semua la yang sama erti dengannya..kaki aku ni kan 'pulak' nya org brunei..huhu..sakit..
tapi, bila jumpa puan nik na tadi..bermotivasi juga sket tadi..dia bagi kata-kata perangsang..dan dia dah targetkan untuk kumpulan kami untuk 4 minggu ni..setiap minggu, akan ada 2 atau 3 prosedur untuk difokuskan untuk 1 minggu..dan beralih ke minggu seterusnya, prosedur lain akan kami buat ke atas pesakit..
alhamdulillah..so far tak ade masalah..cuma biasalah..miss communication mesti wujud bila dah kerja team ni..pada mulanya memang aku ambil hati..tapi lepas tu, aku terlupa dengan sendirinya akan hal itu..alhamdulillah..
so..
esok shift petang lagi..memang penat..tapi aku dan rakan-rakan lain akan cuba untuk mengadaptasi keadaan klinikal sepenuhnya..insya Allah..kalian doakan aja ya..=p

Tiada ulasan: