Sabtu, Februari 21, 2009

dia...yang dulu pernah kucinta..



sedih...
aku dapat rasakan, dia akan lari jauh dr kehidupan aku, selepas malam semalam, dia sekali lagi bertanyakan aku, kenapa aku dengan tiba-tiba berubah, kononnya kalau dalam telefon, aku macam nak tak nak je bercakap dengan dia..
bukan aku sengaja buat macam tu, aku sendiri pun tak tahu, kenapa aku jadi macam ni..bukan diri ini tak menyayangimu lagi..tapi, keadaan..hmm, entahlah, susah untuk ditafsirkan maksud hati ini, sedangkan aku sendiri tak faham, apa lagi orang lain..
mesej dia semalam yang seolah-olah ingin jauh dari aku selepas ni, buat aku sedih..aku tak nak orang yang pernah aku cintai berada jauh dari hidup aku..please,abg..jangan buat macam ni..
aku harap sangat, dia akan memahami diri aku..dan berfikiran rasional..


"Ya Allah, aku bermohon kepadaMu..lindungilah kehidupan orang yang aku sayangi selama ini..memandangkan semalam adalah hari ulangtahun dia, panjangkanlah usianya, Ya Allah..kerana anak-anaknya yang kecil masih memerlukan dia lagi sebagai ayah..peliharalah kehidupan keluarga yang dia sendiri bina dengan bekas isterinya suatu ketika dahulu..jika benar dia bukan jodohku, Engkau temukanlah dia dengan yang lebih baik dari aku..tak pun, Engkau bukakanlah jalan untuk dia kembali bersama bekas isterinya..aku redha Ya Allah, dengan ketetapanMu..walau aku akui, hatiku sangat sedih, tapi inilah suratan takdir, yang aku harus terima...
Ya Allah, Engkau tabahkanlah hatiku dan hatinya, dalam menempuh liku-liku kepahitan dalam hidup ini..sesungguhnya, jauh di lubuk hati, dia masih aku sayangi..amin, Ya Rabbal A'lamin.."

Tiada ulasan: