Khamis, Januari 22, 2009

rintihan anak perantau di seberang...


bila adanya cuti yang panjang, semua pelajar dari mana-mana IPTA, IPTS, kolej-kolej, dan sekolah akan meraikannya dan pulang ke kampung halaman yang tercinta...bestnya kan? apatah lagi kepada mereka yang menuntut dan tempat mereka menuntut itu dekat dengan rumahnya, mesti seronok kan? siap mak ayah ambil lagi kat kampus...

tapi berbeda dengan diriku...siapalah aku di sini..hanya anak perantau di negeri orang..jauh dari keluarga..
baru saja beberapa minit yang lalu, aku terlihat sebuah keluarga, dengan kereta yang serba hitam mewah, sedang menanti kehadiran anak mereka untuk pulang bersama-sama...aku tak nafikan, aku pernah untuk merasakan detik indah itu di kala aku masih lagi bersekolah di sekolah menengah, suatu ketika dahulu..tapi, ketika itu, aku belum lagi merasakan bahawa detik itu begitu indah dan penting dalam hidupku.. namun, keindahan itu hanya dapat aku rasakan apabila aku hidup jauh daripada ahli keluargaku yang tercinta.. seperti sekarang ini..inilah nikmat hidup, pahit manis perlu dirasakan, kerana hidup itu indah..sebab apa? sebab pengalaman untuk merasakan pahit manis kehidupan adalah suatu yang amat berharga yang perlu dirasai..agar kita lebih menghargai...APA ITU KEHIDUPAN YANG SEBENAR!!!!!

kepada rakan-rakan..aku menyeru, agar hargailah kehidupan ini, bersama-sama keluarga tercinta, kerana keluarga kita hanya satu, tiada pengganti..

selamat bercuti.. =)

3 ulasan:

FuzAma berkata...

salam adik...student USM rupanya ye...heheh...just drop by..USM KK course apa ye?hee..salam perkenalan...

p/s: tahniah sis...kau sedang belajar salah satu makna hidup...kuatkan hati..Allah tahu kamu mampu lalui...

kiraney berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kiraney berkata...

salam akak..yup, sy student USM, amik kos bachelor in nursing..kat kubang kerian, kelantan..salam perkenalan jgk..hehe
p/s: tq kak, insya Allah, sy boleh hadapi semua dugaan dalam hidup ini..sy tau, semua ni ade hikmah disebaliknya..insya Allah.