Rabu, Januari 28, 2009

i'm getting fat????oh..no!!!

"tini, makcik nampak kau ni semakin gemuk!!"..
mak aih!! betul ke ini perubahan diriku selepas cuti sebulan baru-baru ni?patutlah aku rasa lain macam saja...
buktinya? 2 hari sebelum balik sini (usm, kelantan), aku kena pergi klinik, untuk diagnose health problem aku..bagi aku, bagus juga klinik tu, sebab time tunggu giliran untuk jumpa doktor, seorang staffnurse tu ambil semua vital signs aku (BP, height, weight, dan...) ahah!! dari check up vital signs tu la, aku dapat tahu dan nampak dengan mata kepala aku sendiri...yang... berat badan aku bertambah!!! aaarrgghhh..tidak!!!


~ tak sampai overweight tau!!! ~


yang buat aku lucu, staffnurse tu tanya aku, "adik, baru habis kenduri kahwin kah?" "huhu, bukan saya yang kahwin, nurse. sepupu saya yang kahwin"..mungkin sebab dia nampak aku pakai inai di jari tangan kot???



dari situ aku mula terfikir..kenapa perubahan mendadak aku ini berlaku? actually what's going on to me?? persoalan seumpama inilah yang masih berlegar-legar di otakku yang terdiri daripada 2 hemisfera, yang mana membahagikan otak ini kepada dua bahagian, kiri dan kanan..

ada saja jawapan yang timbul untuk soalan-soalan tu..antaranya, besar kemungkinan:

~ cuti sebulan tempoh hari, dua orang sepupu perempuan aku, masing-masing keluarga sebelah mak dan bapa telah pun mengadakan majlis perkahwinan..dengan selamatnya dan lancar, alhamdulillah..cuma tempohnya selang seminggu saja..mungkin dari situ aku makan makanan yang banyak sumber minyak, lemak, dan sebagainya...biasalah, kalau dah namanya orang kahwin terutama sekali di Sabah, tak lari makanan seperti daging atau ayam masak kari, tak pun ayam masak merah, dan lain-lain dihidangkan..hmm, apa ini semua benar??


~ sebelum start cuti sebulan hari tu, i've got problem in my relationship dengan seseorang and settled..sedih, memang sedih..tapi nak buat macam mana kan? aku kena hadapi dengan redha..Allah dah tentukan segalanya...

~ sejak belakangan ini, aku selalu, bukan juga selalu, tapi kerap kali la..makan coklat...cadbury, roast almond, mixed nuts, dan hazel nut..bagi aku, habit aku ni sangat pelik..dulu, tiada pula boleh jadi macam ni sekali..hmm???






itulah antara kemungkinan yang menyebabkan diri aku jadi seberat ini...hahaha...lucu, memang lucu, tapi kena awas juga..takut nanti BMI aku tidak boleh kembali ideal seperti dahulunya..

so???

have a plenty of exercise..and reduce food intake containing all those things (may contribute to increase my body weight!!!) insya Allah...
hidup mesti ceria!!!

~ kiraney ~







Tiada ulasan: