Khamis, Januari 22, 2009

alhamdulillah...


hai...

inilah blog pertamaku yang secara rasminya aku terbitkan pada hari ini, selepas semua perkara yang perlu diselesaikan tepat pada waktunya, dah pun settle..

banyak perkara yang mencetuskan aku untuk mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi..nak tau ape?


1. secara rasminya, aku telah menerbitkan blog ini, yang membolehkan aku untuk meluahkan apa yang tersirat di hati kecilku, sepanjang bergelar insan yang kerdil di muka bumi ini.. dengan adanya blog personalku ini, aku boleh bersuara dengan lebih sistematik, dan teratur...ala-ala diari macam tu..huhu..mungkin juga apa-apa pendapat yang bernas atau komen yang memadai dari rakan-rakan sekalian boleh utarakan, ini secara tidak langsung, aku boleh belajar dari pengalaman orang lain dan berhadapan dengan sesuatu masalah dan seumpamanya..


2. alhamdulillah sekali lagi, sebab assignment utk subjek geron dah pun siap dan dihantar pagi tadi, lepas je balik dari kelas..fuh, tak tahu la berbaloi atau tak markah yang bakal aku dapat nanti, dengan usaha aku selama ini, termasuklah tidur lewat sangat semalam, jam 2 pagi...uhh, harap-harap berbaloi la..amin..

'

3. hari ini, aku dapat berkenalan dengan orang negeri aku, di HUSM..ada ahli keluarganya yang sakit..aku cuma melawat..atas dasar 'kesabahan'..hehe.. maklumlah, orang jauh la katakan, apa salahnya kita melawat kan? memandangkan hidup di rantau negeri dan seberang laut, apa salahnya menumpang perhatian dari mereka kan? aku hargai ukhuwah yang baru terbina sebentar tadi..terima kasih kepada rakanku...kerana memperkenalkan aku dengan mereka.. arigato..


4. syukur ke hadrat Illahi, kerana memelihara orang tuaku dan keluargaku yang lain.. sementara aku di sini, jauh dari mereka..doaku, agar mereka dilindungi dan diredhai Allah..panjangkan umur mereka..agar aku dapat membalas jasa dan perngorbanan mereka terhadapku selama ini...i love them crazy...


5. syukur alhamdulillah..kerana aku telah mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini.. sedar tak sedar..tinggal beberapa hari je lagi untuk lengkapkan sem 2 bagi tahun ketiga pengajianku di USM ini...universiti yang aku idam-idamkan selama ini.. insya Allah, cita-cita dan impianku selama ini akan terlaksana kelak..walau badai, onak dan duri melanda atau lebih ganas lagi, menyerang diriku kelak.. doaku agar Allah membantuku untuk mempermudahkan perjuanganku ini..amin..


itulah antara 5 sebab kenapa aku mesti bersyukur pada hari ini, dan selamanya...


bersyukurlah sementara nikmat yang Allah kurniakan masih dicurahkan kepada kita...


SYUKUR ALHAMDULILLAH... =)

Tiada ulasan: