Memaparkan catatan dengan label my own view... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my own view... Papar semua catatan

Isnin, Mei 20, 2013

serius, entri Monday Blues!

Salam blogger..


Menjelang minggu2 terakhir br1m ni, makin lengang dan sunyi.. mungkin dianggarkan 70% dah amik baucer, tunaikan dan habis! Haha..bila ditanya brim seterusnya, aku hanya mampu jawab.... 'sama2 la kita tunggu bajet 2014'...^^,

Tadi time lunch, aku dengan kawan makan nasi campur je..alhamdulillah..rezeki Allah bagi. Habis lunch, terus borak2 kejap..bagi turun tu makanan ke perut.. ada satu topik yang kami cerita tadi, yang bagi aku, menarik perhatian.. soal, pekerja atasan dan bawahan.. kenapa orang atasan lebih besar dibayar gaji, sedangkan bawahan ciput jek! Padahal yang bawahan la banyak buat kerja kan? Kerja kuat..untuk memastikan yang di atas stabil.. haha..boleh tak camtu?

Itu soal umum.. kami tersentuh pula topik tentang, jadi cikgu..haa, bukan senang nak kawal murid, apa lagi budak2 tadika..alkisahnya, cuba korang bandingkan, cikgu2 yang duk mengajar budak2 tadika, tahap kesabaran diorang tersangatlah tinggi.. mana taknye, kalau kita nak mengajar, ada sorang tu pergi main kat belakang..buat halnya sendiri.. mana yang pembuli, mana yang menangis..haih, kalau aku yang jaga budak2 tu, ada juga aku bagi cubit2an senggol2an dengan budak2  tu.. haa, jangan tak tahu, i akak yang garang tau.. yaii! Haha.. tapi nak dijadikan kisah seterusnya,kalau kita buat macam tu, nak cubit ke (hukuman paling ringan la tu..), tindakan tu takkan sampai di situ je.. anak2 sekarang, dah mula pandai mengadu.. dan zaman sekarang pula, kebanyakan ibubapa duk menangkan anak2 diorang ni. Haih, tanpa usul periksa, terus je nak mengamuk kat cikgu, dan ada juga kes sampai nak saman..haaa, orang kita sekarang dah well-educated.. tapi sepatutnya kalau dah well educated tu, mentality kena la educated juga..ye tak?

Haish.. tadi awal2 aku duk cerita pasal gaji, kenapa pula tiba2 kuar topik pasal budak tadika ni? 

Celaru...haru biru! 


Khamis, November 10, 2011

Looking for attention!

Salam Khamis..

Macam-macam benda berlaku sejak 2-3 hari ni..tapi aku tak nak cakap pasal benda-benda tu..aku nak cakap pasal benda lain pula, ok?

Hidup manusia ni, tak lari dari sifat mazmumah.. kurang baik la. Antaranya?

Suka tarik perhatian dari orang lain... orang Jawa cakap, "looking for attention!"

Macam-macam cara orang buat untuk tarik perhatian.. nak contoh juga?

Senang cerita la.. benda ni ada di sekeliling kita.. contoh terdekat.. kereta!

Aku takde kereta, harap pinjam kereta kancil bapa je..

Kereta baru..wah, bermegah sungguh! "cantiknya kereta orang tu".. itu baru sekali duk lalu depan rumah (bukan rumah aku sorang, rumah orang lain pun sama).. dah berulang kali lalu, lain pula ceritanya.. "amboi..si polan tu, nak tunjuk2 kereta la tu!"

Kereta dah lama sikit..mula nak bubuh/install itu ini..contoh terdekat? Speaker BESAU!! Haa..yang ni xyah cerita panjang.. "ee..sakit kepala aku duk dengar BOOMMM..BOOMM dari kereta tu! Nak tunjuk sangat la tu kete dia itu ini..bla..bla"

Haa yang ni lagi satu.. bunyi-bunyian juga, tapi dari sumber yang lain.. MOTOSIKAL!
Aku hairan la..terutama sekali budak2 bajingan yang duk kampung ni..NGOOONG sana..NGOONNGG sini! haish! tak pasal-pasal orang lain tak sengaja 'mendoakan' macam ni.. " uittt..campin (champion) la orang bawa motor tu..

Isnin, Oktober 31, 2011

Dah mula kerja?

Salam petang..

Aduyai..nye! huhu..setakat ni aku nak cakap satu benda je..PENAT dalam HAPPY..haa..dah dua kata tu! Takpelah..tak jadi hal pun.

Serius, sekarang ni aku kena fokus untuk mula bekerja..walaupun dalam rumah ok! wey, sakit pinggang juga aku dibuatnya, duk seharian semalaman menaip 'tugasan' ni..tercongok depan laptop ni haa..nak urgent pula tu..tapi, demi duit poket, aku sanggup..kalau kerja kat ofis dan kat mana-mana pun, takdenye relax..mesti ada rasa penat juga..fuh~

Semoga Allah permudahkan urusan aku selepas ni..diberi kekuatan untuk meneruskan hidup..insya Allah.. amin~

Selasa, Oktober 25, 2011

Makan..jangan sembarangan deh!

Makan..makan..makan. 
Aku baru je lepas makan malam @ dinner.. hmm, not supper yet! Aha..kalau kat rumah ni, takde la aku nak menyempat supper..apa yang aku tahu, mata aku time tu nak zzZZZ...tito lerr!

Sebut pasal makan ni, Islam dah tetapkan garis panduan untuk kita makan makanan yang sumbernya HALAL, betul tak? Dari situ, cara memasaknya juga diambil kira, HALAL ke tak..Hmm, Islam tak merumitkan, malah memudahkan, setuju?

Point utama yang aku nak sampaikan di sini ialah.. semakin dunia maju, semakin ramai pengusaha makanan terutama sekali makanan segera mengambil kesempatan dalam kesempitan. Contohnya, baru2 ni, hmm..lebih tepat lagi, pagi tadi..aku terbaca satu pautan di 'muka buku' tentang satu fakta tentang makanan (sama ada percaya atau tidak, betul atau tidak, itu kerja kita untuk SELIDIK terlebih dahulu..itulah yang dituntut dalam Islam)..

"‎5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. "

Point ke-4..aku pernah terdengar dari rakan karib aku, cikarija (blogger)..time tu masih dalam zaman student lagi, di USM.. dia kata sejibik dengan point ni. Setiap kali dia rebus mee segera, dia akan buang air rebusan tu tadi, dan menuang lagi air panas yang baru..barulah dia bubuh perencah mee segera itu...katanya untuk hilangkan wax (atau lebih tepat lagi, LILIN)..

Point ke 5..aku sangat2 terkejut dengan penemuan ini. Tapi tak salah andai kita cuba untuk mencari kebenarannya..caranya? Cuba beli bawang goreng yang segera (terdapat banyak di pasaraya)..biarkan bawang goreng itu terdedah kepada udara..see, sama ada lembil/lemau/ masuk angin (istilah Sabah) tak bawang goreng tu..

Bersama kita berkongsi fakta atau info tentang isu atau permasalahan yang kita sendiri tak perasan atau tak sangka pun selama ini.. Semoga kita terpelihara dari terlibat dengan benda2 berbahaya..insya Allah..

P/S: Pizza Ultimate Cheezy 7...hurmmm~~~~~~~~~~

Isnin, Oktober 24, 2011

Mohon terbitkan drama seumpama 'ini' di Malaysia!!

Salam blogging!

Pagi-pagi lagi, aku dah pergi pekan, hantar adik aku pergi sekolah..Bapa dan mama takde kat rumah semalam..duk hantar adik aku yang seorang lagi, balik hostel @ UMS..jadi pagi ni kira tanggungjawab aku untuk hantar dia.

Isnin yang baru datang lagi..dan kehidupan perlu diteruskan.. Aku akan terus menanti email2 atau surat maklum balas tentang permohonan kerja aku di semua tempat yang aku dah apply sebelum ni.

Sementara isi masa lapang di hari2 yang sepatutnya orang bekerja, aku layan cerita..hehe. cerita apa? Korea? Hmm, setakat ni belum lagi la nak layan cerita tu..tapi sekarang ni mood aku layan cerita 
Dari Sujud ke Sujud..aha! Aku pasti, masih ramai yang tak tahu cerita ni berkisar tentang apa..Sebab cerita ni belum lagi ditayangkan di Malaysia..

Ha..aku tahu dari mana? Youtube la..apa guna ada internet, kalau tak search sendiri kan? Opps, sebenarnya aku mula tahu akan kewujudan cerita ni dari pautan seorang rakan fb aku..junior sekolah menengah dulu. Macam best, apa lagi, aku search kat Youtube..dan apa yang aku dapat, rupanya cerita ni adalah kesinambungan dari cerita 'Ketika Cinta Bertasbih' dan 'Ketika Cinta Bertasbih: Meraih Ridho Illahi' yang sekarang ni tengah ditayangkan di astro IndoPek Channel Bintang, 141.

Aku suka sinetron ni. Berkisar tentang persoalan agama yang diuar2kan oleh pihak2 yang kurang berpengetahuan dalam Islam. Setidaknya, melalui cerita ni, pengetahuan agama aku akan turut bertambah..insya Allah..Aku akui, pengetahuan agama aku masih kurang..Tidak salah andainya cerita sebegini diterbitkan dalam drama Malaysia di sini. Kita sendiri tahu, kebanyakan rancangan tv sekarang ni lebih bersifat duniawi. Media elektronik pun boleh mempengaruhi sifat seseorang. Dan kita dapat tengok sendiri, masalah sosial dalam negara kita sekarang ni berpunca dari kurangnya didikan agama, dan pengawasan ibu bapa terhadap tingkah laku anaknya.

Jadi, aku berharap sangat, rancangan tv yang bersifat ukhrawi macam ni akan lebih banyak ditayangkan/disiarkan di Malaysia ni. Ambil contoh dari 'Dari Sujud ke Sujud'..




Rabu, September 21, 2011

Dakwah dalam bercinta..boleh ke?

Salam..
Aku baru je terbaca entri Ben Ashaari kita..tentang

Bagaimana nak ajak BF/GF kita solat sedangkan dia liat nak bersolat ?


Perkara ni pernah terjadi dalam hidup aku dulu..sewaktu bercinta dengan teman istimewa beberapa tahun yang lalu. Taknak sebut namanya..korang bukannya kenal pun kan? hehe..Serius, di awal perhubungan, agak tepat kalau aku katakan, dia agak liat nak solat..
"Dah solat?"
"Jap lagi la..lepas ni"
Selepas beberapa lama kemudian, alhamdulillah..solat tak tinggal dah..kalau lewat pun, sebab ada kerja penting yang tak dapat nak elak.Janji, qada' solat lepas tu.. Walaupun tiada jodoh sebab cinta terhalang, keliatan untuk bersolat tiada lagi.alhamdulillah.

Dengan dia yang sekarang ni, alhamdulillah..sejak di awal perkenalan kami dua tahun yang lalu..dia memang dididik dengan agama yang sempurna..oleh mak dan arwah abahnya..;') syukur alhamdulillah, dipertemukan dengan dia..

"Miss u..Abg nak solat jap"

Terubat rindu ni..apa lagi bila ayat dia nak solat jap, rasa terharu pun ada..ini yang bikin cair hati aku..bak kata orang Penang..Cayaq! ngeh2~ Itu sebab utama aku sayang dia, Allah dan Rasul diutamakannya..banyak lagi sebab lain yang buat hati aku 'cayaq' kat dia..hehe..Tak perlu sebut di sini..nanti ada pula kes blogger/reader hempas laptop dia kat dinding! haha ;D Semoga 'ini' yang terbaik buat kami..amin~

Ahh..sudah! Melalut entah ke mana aku ni..Maaf ye!


~lalala~

Khamis, September 15, 2011

Aduh..falling in love with..

"Once in a lifetime.... I'm falling in love..WITH YOU!!"

yeah...itu adalah antara lirik lagu Kak Siti terbaru..album Inggeris tuu!! pehh..best2..rentak lagunya aku suka sangat..hmm, bukanlah nak cakap ala disko gitu..tapi aku memang suka la rentak camtu..chicky funky gitu..cewahh!! hehe..

Satu percubaan yang bagi aku terbaik untuk Kak Siti..tahniah kak! Kalau sebelum ni, beliau buat album berkonsepkan ketuhanan, tradisional..lagu2 R&B dan pop dan juga balada..bagi aku semua yang diberikannya TERBAEKKK!! part aku suka..alunan lagunya tu..peehh..macam air je..hehe..best..best!!

Aku baru dengar lagu Falling in Love ni..intro lagu ni best! Tak pasti guna violin kot? Ala2 arab pun ada juga..eh, unik lah!!

Hmm, agaknya lepas ni..konsep lagu apa lagi yang Kak Siti nak cuba untuk ketengahkan eh??
 ~ ewahh...falling in love with you..~

Isnin, Ogos 22, 2011

"Kerja kena SISTEMATIK!"

Wah, pagi2 tadi..'angin' aku ok jek, tiba2 'berubah!' oh tidakkkkkkk!!!!! Nak tau pasal ape?

Pagi tadi, aku temankan nenek aku g review doktor, di hospital kerajaan.. '0001', itulah no. giliran empunya nenek aku..hmm, sah2 dapat balik awal ni! Dan?

Lain pula jadinya! Uffffhhhh...orang lain pula, dah la datang lewat dari kitorang..alih2, diorang pula yang kena panggil dulu untuk review!!! Waaaahhh..ini tak boleh jadi nih! Dah la kepala aku sakit time tu! Hmm, bulan puasa pula ni! Memang menduga kesabaran betul la!

Berbalik kepada cerita tadi, rupanya fail rekod kesihatan nenek aku BELUM SAMPAI di dalam bilik doktor! Boleh pula macam tu! Eh, budak2 fail tu tak buat keje ke?? 'Patient' dah la makin ramai duk datang, berduyun-duyun tuuuuuu!! Sampai ramai yang berdiri menunggu..takde tempat duduk!

"Lambatnya 'service' hospital nih!"

"Bila giliran aku dipanggil? Yang duk dipanggil sekarang, dah 'melompat' jauh dari no. aku!!"

Aku rasa, isu ni dah lapuk dah! Dah berabad2 lamanya..tapi?? Masih juga kekal macam ni!..Sedih tau! Nak kata teguran atau cadangan tak diberi..mustahil juga kan? Mak aku sendiri kata macam tu..

"Tak tahu lagi nak buat macam mana.."

Mengenangkan isu lapuk ni, aku teringat zaman praktikal 2 tahun lalu..ada gunanya juga aku praktikal di klinik HUSM dulu.. (memanglah ada gunanya..kalau tak, buat apa nak jadi nurse kan? hehe) antara langkah2 sistematik yang di'intervene' untuk elak 'problem' ni berlaku:

1) Selepas review doktor, semestinya akan ada tarikh review akan datang, TCA (to come again) ye tak? dan tarikh itu akan DITULIS dalam sebuah buku, dan ditanda mengikut tarikh2 akan datang, untuk setiap muka surat..dan ini memudahkan nurse/staff bahagian rekod untuk refer balik tarikh r/v akan datang..Kalau boleh, buat 2 salinan buku..kalau di HUSM, satu kat buku, satu lagi direkod dalam 'online'..

2) Selalunya, sebelah petang takde 'patient' kat klinik..jadi, time ni lah staff rekod refer balik kat buku TCA tu, mana2 'patient' yang akan di'review' keesokkan harinya, amik failnya dan hantar dan simpan dalam bilik doktor, mengikut bilik..

See?? Nampak??!! Senang kan? Mudah je..kalau otak dan akal ni diguna, insya Allah, akan memudahkan staff, malahan pesakit..


~fikir2kan..~

Khamis, Ogos 18, 2011

'Amik peluang update entri jap..mood:SIBUK!

Salam Ramadhan, malam ke-19...

Sejak aku tak update apa2 entri dalam blog terchenta ni..banyak isu2 yang hangat diperkatakan, fokus utama ialah, isu agama..bermula dengan kisah Hajjah Sitt dot..dot.., isu murtad dan terkini..isu budak Muslim dipaksa menyanyi dan menghafal lagu yang berunsurkan Kristian di pusat tuisyen yang diajar. Tak nak ulas panjang..sebab aku ada kerja menunggu tu..sat ye 'sayang'..maklumlah, makin ramai yang 'order'..huhu.. Apa yang penting, kita sebagai Muslim kena berjaga-jaga dan tetapkan akidah..semoga Allah melindungi kita dari pelbagai ancaman yang menggugat keimanan kita..amin~

Selamat berpuasa, berbuka dan solat tarawih~

~letih dengan 'sayang'? tapi berbaloi~ mood: SIBUK!

Isnin, Ogos 15, 2011

"cuba cari HIDUP anda!"


Salam Ramadhan..malam ke-16.
Alhamdulillah..15 hari berpuasa penuh untuk setakat ini. Insya Allah, mudah2an kali ini aku dapat berpuasa penuh. Amin~

Bila aku mula untuk 'online'..aku terus buka 'muka buku'.. dan..

nampak? itu adalah status fb junior aku.. takyah la sebut nama dia kat sini k..cukup sekadar 'junior'..

diorang mula dah merasakan apa yang aku rasa sejak setahun yang lalu..dan sekarang. Tapi sekarang ni, aku rasa 'better' sikit dari setahun yang lalu..dengan bisnes kecil2an yang aku buat...takdelah aku merasakan dompet aku kosong sangat! Hmm, kalau kosong pun, aku dah simpan siap2 kat dalam bank..takdelah banyak mana.. ;) tapi syukur, alhamdulillah..

Bahang atau bahana yang mula menimpa aku dan rakan2 lain dah mula dirasakan oleh junior2 lepas aku..nasihat aku, daripada takde buat apa langsung, cuba cari peluang dan potensi di sekeliling korang..insya Allah,mesti ada..sebab rezeki Allah Maha Luas..tinggal kita je mencarinya, ok!

Untuk rezeki kerja sebagai 'nurse' tu...jangan stop sampai di sini je, teruskan mencari..tapi dalam masa yang sama, cari pengalaman kerja lain pula..hidup takdelah boring sangat..ye tak?!

Sabtu, Ogos 13, 2011

"Bulan terang malam ini.."

Salam Ramadhan, malam ke-14.

"Malam..BULAN dipagar bintang.."
Cantik, indah sungguh BULAN malam ni..serius! keadaan sekeliling yang dah pun gelap, malam..tapi sedikit terang, dengan kehadirannya, oh BULAN!
Tiba-tiba aku teringatkan satu pantun dari nenek aku..

"Tahi kucing tahi anjing,
Mari dimasak si asam pedas,
Kalau tuan duduk bersanding,
Bagai bulan tanggal 14!"

*hiraukan kata pembayang %@#! di atas..tengok maksudnya ok!

Bagai bulan tanggal 14! Nampak? Aku terus tanya nenek aku.."kenapa bukan 15? Kan bulan penuh?" "Tak la..bulan tanggal 14 yang terang..bulan penuh. Kalau tanggal 15, dah tak berapa bulat daaa.."nenek aku menafikannya.

YA! betul la..hehe..time ni, bulan tu terang sangat..menerima sinaran cahaya matahari 'directly' dan bentuk bulan pun penuh! Subhanallah~Indahnya ciptaan Allah.

Orang dulu2 takde guna kalendar..macam kita sekarang. Sebab diorang 'prefer' guna BULAN..terutama sekali bulan2 dalam Islam, semua guna BULAN..contoh terdekat? Nak tentukan tarikh mula berpuasa..dan tarikh 1 Syawal..tak ke guna 'anak' BULAN? Haa..BULAN juga kan?

Mungkin, inilah antara tujuan Allah menciptakan BULAN..disamping untuk menerangi alam maya, ianya juga digunakan sebagai penentuan tarikh dalam setiap 12 BULAN.. Subhanallah..Allah Maha Mengetahui, atas segala sesuatu..Dia sudah merancang dari awal lagi..
Allah Maha Besar!

Cer tengok bulan kat langit..nampak tak?

~ jom..hayati keindahan alam..ciptaan Allah~

Selasa, Ogos 09, 2011

'Rusuh dalam, rusuh luar, rusuhan sana sini..'

Yes! Hari ni serius aku nak kata...tarawih malam ni berbeza sikit dengan yang semalam. Malam ni, sangat2 best..Solat dalam keadaan rilex je. Tak macam semalam..nampak sangat 'in rush'..kelam kabut! Kepala otak pun sakit, pening..Malah, solat witir pun selesai tepat jam 9..nampak?? Semalam dalam kelam penuh kabut tu..habis solat witir pun dekat jam 9.20!!! Malam ni, tukar imam lain..merangkap nenek aku..errr..bukan la nenek..tapi korang leh anggap sebagai datuk la..datuk saudara.hmm, macam tula..

Sejak aku turut serta dalam ibadah sebelah malam di masjid kampung ni, aku tak berkesempatan tengok berita semasa di tv..tapi, alhamdulillah, waktu siang pun ada juga berita..aku boleh juga follow up kat blog~ dengar2, kat kota London..ada rusuhan la pula~ Allah..apa nak jadi ni? kat semua tempat dah berlaku rusuhan...

Dunia..dunia~

Tahniah Bro Ben & wife.. ;D

Salam pagi dan bakal tengah hari!

Aku baru balik dari pekan, beli udang kering dan lada kering..nak buat serunding baru untuk minipopia nanti..

Hmm, seronok je bila aku baca entri 'gumbira' abg Ben kite tu kan? Huhu..Bakal ayah tu.Alhamdulillah~ kitorang sesama bloggers mengucapkan tahniah la untuk abg Ben dan isteri. Oh ye, kali ni abg Ben kena jaga isteri elok2 naa..jaga makan minum pakainya dan juga EMOSI! haa, yang tu wajib!..e'eh, aku cakap macam ni, macam la aku dah punya suami..huhu..Jodoh belum sampai ye kawan2! Ni aku dengar orang2 cakap la..Opppss?? Terlupa pula..aku sendiri dah pernah belajar benda ni sikit2 time study dulu. Well, you know me, I'm a Registered Nurse!! Wah, bangga gitu? Boleh tak? Ngeh3~


Ok la..aku nak rehat jap.. Hmm, yeke rehat? dalam kepala otak aku, aku nak main game 'hidden object + puzzle' nih..kihkihh.. ;p Superb.....BEST!!


Sabtu, Ogos 06, 2011

Rentetan entri... 'online job, boleh caye tak?'

Aha..baru balik dari masjid. Hujan lebat siottt...basah kuyup juga aku, walaupun 'driving'. Hujan tu kan rahmat dari Allah, hmm..tambahan lagi ini kan bulan Ramadhan, bulan yang mulia..

Bila aku tengok2 senarai komen terkini, masih ada juga blogger yang tanya pasal 'online job' ni, hehe..untuk beberapa bulan, entri INI jadi top ranking readers. Alhamdulillah. Dan di sini aku boleh buat kesimpulan, ramai antara individu di luar sana ada keinginan untuk mencuba 'job online' ni.. terus terang, aku masih belum mencuba, walaupun keinginan tu ada.. huhu..masih terus berfikir, dan berfikir.. Aku tahu, ramai antara kita yang nak senang dapat duit, dengan usaha yang minima..tanpa keluar peluh keringat, tanpa buang tenaga.. tapi perlu diingat, tak semua hal2 macam tu senang2 je boleh dapat..bak kata orang, 'kejayaan takkan datang bergolek'..'kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.....tengok? dari kata-kata hikmat tu sendiri dah menunjukkan bahawa nak hidup senang, kena ada usaha sikit..bukan main petik jari je.

Kesimpulannya, 'Nak senang bukan senang, tapi..nak susah bukan susah'.. Sekian.



~e'eh..macam penulisan BM la pula..hikhik.

Cerita sensasi la pula..hmm~

Salam Ramadhan. Dah hari ke-6 kita berpuasa. Alhamdulillah~ Syukur.
Dalam bulan penuh keberkatan ni juga, banyak sangat cerita2 sensasi yang aku dengar dan baca, terutama sekali di blog-blog ni. Antaranya..

Kisah produk Simplysiti yang diragui kehalalannya, iaitu produk bulu berusnya.. Aku dapat tahu pun dari blog INI.. Terkejut juga aku, mana taknye, aku sendiri guna produk Simplysiti, tapi bukan berus tu la. Aku guna produk pencuci muka, toner dan cream C-Bright. Itu je. Tapi takpe. Aku pun tak nak mengulas panjang lebar. Kita tunggu keputusannya nanti, ok~

Jap lagi, aku nak g amik kawan aku, Gie di rumahnya. Ajak dia untuk berbuka puasa dan bersahur di rumah ni. Insya Allah~


Sabtu, Julai 30, 2011

Pisang boleh berjalan??!!!


2-3 hari yang lalu..aku terima satu teks mesej..

"*** ada teka teki: banyak2 pisang, pisang apa yang boleh berjalan?"

oh..teka teki rupanya..hah? tiba2 aku 'silent'..pisang boleh berjalan?? hmm..mana ada!!! pisang yang dibawa jalan ada la..ni, pisang yang boleh berjalan?? ok! aci! tak tahu!!

"jawapannya...pisang kaki!!!"

hah?? apekebenda tu? ke mengarut je ni?

"kalau tak tahu, try cari kat internet.." dan lepas je aku Google sebentar tadi, rupa pisang kaki yang dia maksudkan ialah..

credit:Google!

eh?? sekali lagi aku ter'eh sendiri.huhu..ini rupanya pisang kaki tu..hmm, macam buah tomato..bila dah dibelah dua macam tu, sejibik macam buah apricot!! betul kan? hmm..setakat ni, aku belum pernah jumpa lagi buah ni. Mungkin ada kat kampung aku ni, cuma nama panggilan untuk buah ni mungkin agak berlainan sikit..esok nak tanye mak! ;)

~tekatekitekatekok!ularmatidalammangkuk!

Jumaat, Julai 29, 2011

SEO..bagus ke tak??

aku sekarang ni tengah duk layan Kemuncak Pentas Kilauan Emas di Astro Prima neh..huhu..serius, aku terpegun sangat dengan suara dan nyanyian makcik ni, yang bernama Puan Shamsiah (kalau aku tak silap la)..cara dia alunkan lagu tu, melodi, pernafasan dan penghayatan, pakej yang sangat lengkap untuk bergelar JUARA.. "hmm, JUARA la dia (makcik) ni.." haa..itu bukan aku yang cakap tau..tapi bapa aku sendiri! hehe...

sebenarnya, konsert ni bukanlah disiarkan secara LIVE, tapi ni kira siaran tertunda la kot..baru disiarkan time ni. aku tak nafikan, semua finalis pentas ni sangat2 berbakat!! dengan gaya nyanyian tersendiri..memang ummppphhh la! jangan sangka, golongan2 berumur macam ni tak reti menyanyi, tapi kadang2 lebih hebat dari orang muda macam kita ni tau! haha..

maaf la ye. tiba2 terus menyimpang dari tajuk pula.

hmm, sebenarnya nak tanye ni..aku tengok kat dashboard ni, ramai yang duk buat entri pasal teknik SEO..teknik SEO ni..hmm..aku dah cuba Gooooggglllee tapi masih tak faham.bukan tak faham ape, cuma sedikit hairan bin pelik, sesetengah blogger kata teknik SEO ni kalau diguna pakai dalam blog, boleh naikkan trafik, tapi ada sesetengah tu pula kata, 'WASPADA! jangan guna teknik SEO!' hmm..kenapa pula macam tu? ada siapa2 boleh terangkan di sini? terima kasih! ;)

~agak2, siapa juaranya?? tungguuuu..~

riuh bola!!

salam..selamat pagi!

wah..bukan main kecoh lagi eh semalam..huhu.agak2 kenapa? mestilah pasal bola semalam..sape tak tengok? yang tak minat, tak tengok la tu..tapi yang pasti, selain aku, blogger pinkymomma pun tengok sama..nak tengok entri beliau semalam? KLIK!

macam mana? penuh semangat kan? hehe...tapi betul la apa yang dikatakan oleh pinkymomma tu. sedangkan pengulas sukan semalam pun berpendapat yang sama.. "kalau dah asyik jatuh, sakit macam tu, baik takyah main kat padang..duk rumah" haa..lebih kurang macam tu la ayatnya.huhu..pagi2 ni, aku terus ON tv3, dan pengacara MHI seakan emo la pula..hehe..topik terawal dibincangkan ialah..pasal bola semalam..huhu.

ok la..tak nak la cerita panjang pasal bola semalam. semua pun duk komen yang sama..huhu.hari ni plan aku nak g tamu.beli udang kering, untuk dibuat serunding minipopia..hmm, aku ingat nak 'try' buat serunding ikan bilis pula.tak tau la sedap ke tak.nak buat sikit-sikit dulu.kalau ok dan mendapat sambutan, insya Allah aku tambah koleksi jualan. ;) kalau sempat, aku nak jumpa kawan aku yang mari dari Klate nuu..huhu.


Khamis, Julai 28, 2011

entri HOT! BJMM.


salam semua..pagi!

pagi2 lagi aku dah lapar, jadi bila perut dah berdangdut, secara automatik kaki aku terus melangkah ke dapur, dan tangan ni sibuk nak cari bahan2 untuk masak...NASI GORENG IKAN BILIS!! dan akhirnya, aku kenyang selepas menyantapnya..perghhh~ sodap!

aku ni, bila dah buka blog tersyinte ni, aku mesti tengok 'stat' blog ni..sekaligus tengok trafik la juga kan? dan apa yang aku dapat?

nampak tak? entri 'Online Job..boleh caye tak?' punya pageviews yang paling banyak dan menjadi kegemaran pembaca. aku dapat analisis di sini, ramai antara pembaca dan penjenguk blog BJMM ni yang sedang mencari kerja, dan mencari wang lebih untuk hidup. ye tak? hmm, aku sendiri tak lari dari kenyataan ni..tambahan pula aku sekarang ni kerja sendiri, buat bisnes sendiri. nak baca entri HOT! BJMM sepanjang bulan? KLIK!

untuk jawapan kepada entri HOT! tu, aku sebulat suara memutuskan..aku tak nak join la job tu..huhu.masih banyak punca rezeki lain, yang masih belum aku terokai..insya Allah, cuma tinggal usaha sikit je lagi..

~‎"Tuhan tidak beri apa yang kita mahu, tapi Tuhan akan beri apa yang kita tumpukan.." JOM FOKUS kepada yang LEBIH POSITIF!! insya Allah, itu yang kita dapat.. ~Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, 2011

Rabu, Julai 27, 2011

sayangi mereka..haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w

aku sangat sayang haiwan, terutama sekali..KUCING!! sebab diorang sungguh comel..aku banyak juga koleksi gambar anak2 kucing aku di rumah ni.nak tengok? nanti2 je la k..hehe..aku tengah cuba nak guna 'blogger mobile application' ni ha..jadi, nanti..kalau aku dapat guna app ni, aku boleh terus upload gambar 'budak2' tu..ngeh3~

hmm, sentuh bab2 kucing ni..tadi aku tengok berita tv3, dengan laporan yang sangat2 mengejutkan..seorang perempuan dah pun dijatuhkan hukuman (tak tahu la hukuman apa) atas sebab penderaan kucing!! kejam siottt!! ada disiarkan CCTV yang menjadi saksi..si jahat tu duk tendang, pukul guna payung, yang lebih teruk..dia pijak anak kucing tu!!! agaknya orang tu gila kot? takde perasaan belas kasihan langsung..dari apa yang aku nampak, anak kucing tu dah mati lepas dideranya!!

ok..kita lupakan dan ambil pengajaran dari cerita tu tadi k! lepas ni, janganlah duk tendang sepak terajang kucing2 di sekeliling kita..diorang pun punya rasa sakit, macam kita juga kan? cuba kita yang kena sepak terajang oleh kucing, apa kita rasa?? seronok?!

semoga Allah mengampunkan dosa beliau..yang menyakiti kucing itu..amin~