Jumaat, Disember 14, 2012

Kejutan tak ku duga..

...
tengah syok tulis nama pemohon BR1M ni untuk laporan harian, tiba2 ada seorang perempuan datang, masuk bilik..

"Selamat pagi.. Cik nak hantar borang?"

Dia senyap..

Tiba2 ada satu lelaki masuk..menemani dia.. Eh?? Ini bukan ke..???

Baru aku perasan!! Ya Allah, perempuan ni sebenarnya kawan lama aku di sekolah rendah dulu!! Ya Allah, 13 tahun dah tak jumpa, last sekali darjah 6 dulu..

Aku mulakan perbualan...

"Tengok fotostate ic.. Siti xxxxxxx.. Ko kenal aku??"

"Hmm.. Siapa ya?"

"Ala..aku la, tini.. Ingat lagi?"

"Oh..tini..ya, lain dah ek? Kahwin dh?"

"Belum.. Hehe.. Ko apa kbr? Lama dah tak jumpa.."

"Aku macam ni la..lepas sekolah dulu, balik Penang, keje admin kat sana.. Lepas tu, berhenti.. Sejak sakit ni.."

Aku terkejut!!.. "Sakit ape eh?"

"Mata aku tak berapa nak nampak.."

Ya Allah..sedih aku mendengarnya.. Engkau menduganya masa muda ni.. Aku tengok, badan dia pun makin mengurus.. Kesian dia.. ;'(

Ya Allah, pelihara kawanku ini..dari segala penyakit dan keadaan berbahaya..amin..

....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: