Jumaat, Disember 14, 2012

Jumaat.. Zaman dulu dan sekarang..

Salam petang semua..

Lunch break hari ni agak panjang juga kan? 2 jam setengah.. Sebab tu dari kecik sampai sekarang ni, aku suka hari Jumaat.. Sehinggakan..aku teringat lagi, pernah satu pagi Jumaat, masa tu aku darjah 5.. Biasalah..budak2 dulu, sebelum mula kelas waktu pagi tu, sampai sekolah je. Terus kena suruh cabut rumput.. Budak sekarang ade buat camtu?? Takde kan? Haa.. Special budak2 sezaman aku dulu..hehe..
Nak dijadikan cerita, time syok2 cabut rumput tu, duk cerita dengan sorang kawan ni..

"Uit! Siuk (syok) kan hari Jumaat?!!"

"Ya, siuk ni..haha..boleh balik sekolah awal.."

Haa,yang tu sekolah rendah. Time sekolah menengah pula, apa yang 'best'nya hari Jumaat ni? Haa.. Korang pernah tinggal asrama tak? Hanya yang tinggal hostel je tau apa yang duk special sangat Jumaat ni..sebab...

"Embak!! Hari Jumaat ni..apa menu makan tengah hari??"

"Aiskrim!! Nasi briyani..bla..bla.."

Haa, nampak tak?!! Special kan hari Jumaat?!!

Ok,itu zaman sekolah aku.. Korang ade tak? Ce citer..ce citer..

Ok, itu cerita berbelas tahun dulu.. Jumaat hari ni pula, mestilah ada cerita lagi best!!

Nak tau tak?

Tengah hari tadi, mak aku ajak pergi beli kain untuk hantaran adik aku.. Lepas tu,makan jap kat rest. Nasi ayam sedap! Ok, pendek cerita.. Lepas makan, kitorang pergi CNF supermarket.. Mak menghala ke bahagian aksesori Krismas untuk wad dia.. Tiba2, datang satu suara..

"Aik?? Makcik pun sambut Krismas juga??!!"

Aku jawab dengan muka terkejut.. "Ya.. Hehe"

"Ya? Samalah dengan kami..kami pun sambut Krismas jugak!!" Excitednye budak lelaki yang umurnya,mungkin dalam 10-11 tahun..pintar!! Penegur orangnya. Hehe..

Pembetulan sekali lagi, mak aku tak sambut Krismas la..sekadar hiasan untuk wad dia je,ok! Titik! Haha..kang, ada pula yang salah faham..

Hujan pula kat sini. Alhamdulillah.. ;) basah juga bumi Allah ni.. Selalunya,bulan 12 ni, musim tengkujuh di pantai Timur semenanjung..Kelantan banjir tak? -,-'

.....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: