Sabtu, Disember 15, 2012

Antara siang dan malam..apa bezanya?

.... Aku baru je balik dari kenduri arwah di kampung bapa. Macam biasa, ramai orang kampung yang datang. Aku sampai di sana, dekat jam 4..kenduri tu pun berlangsung lepas asar.

Selesai kenduri dalam jam 6 petang, maghrib pun dah masuk waktu masa tu. Lepas tu balik rumah.. Korang rasa keadaan dah makin gelap tak? Mestilah dah nak malam. Tambahan pula, masa tu baru je hujan berhenti turun. Jalan sudah pasti licin.

Dalam perjalanan balik nak sampai rumah tu, kena masuk simpang kampung aku lagi. Tengah syok nak masuk simpang (siap bagi signal, ok..) Tiba2 ada satu kereta dari arah bertentangan, bagi hon sungguh panjang!! Ya Allah, sikit lagi bertembung, dan syukurlah ada adik aku duk sebelah,yang perasan kehadiran kereta tu. Serius aku tak nampak kereta tu, sebab ditutup oleh kereta di depan aku..

Sebab tu, dari dulu lagi (sejak dapat lesen kereta 3 tahun lalu) aku tak suka 'drive' malam..apa lagi jalan raya yang takde lampu jalan.. Kalau kat bandar tu,ok lagi kut.. Ni dah jalan kampung, hmm..
Drive siang tu takde masalah..

Itulah bezanya.. Untuk orang yang rabun macam aku ni, haaa.. Diorang faham la tu macam mana..ye dok?

.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: