Rabu, September 21, 2011

Dakwah dalam bercinta..boleh ke?

Salam..
Aku baru je terbaca entri Ben Ashaari kita..tentang

Bagaimana nak ajak BF/GF kita solat sedangkan dia liat nak bersolat ?


Perkara ni pernah terjadi dalam hidup aku dulu..sewaktu bercinta dengan teman istimewa beberapa tahun yang lalu. Taknak sebut namanya..korang bukannya kenal pun kan? hehe..Serius, di awal perhubungan, agak tepat kalau aku katakan, dia agak liat nak solat..
"Dah solat?"
"Jap lagi la..lepas ni"
Selepas beberapa lama kemudian, alhamdulillah..solat tak tinggal dah..kalau lewat pun, sebab ada kerja penting yang tak dapat nak elak.Janji, qada' solat lepas tu.. Walaupun tiada jodoh sebab cinta terhalang, keliatan untuk bersolat tiada lagi.alhamdulillah.

Dengan dia yang sekarang ni, alhamdulillah..sejak di awal perkenalan kami dua tahun yang lalu..dia memang dididik dengan agama yang sempurna..oleh mak dan arwah abahnya..;') syukur alhamdulillah, dipertemukan dengan dia..

"Miss u..Abg nak solat jap"

Terubat rindu ni..apa lagi bila ayat dia nak solat jap, rasa terharu pun ada..ini yang bikin cair hati aku..bak kata orang Penang..Cayaq! ngeh2~ Itu sebab utama aku sayang dia, Allah dan Rasul diutamakannya..banyak lagi sebab lain yang buat hati aku 'cayaq' kat dia..hehe..Tak perlu sebut di sini..nanti ada pula kes blogger/reader hempas laptop dia kat dinding! haha ;D Semoga 'ini' yang terbaik buat kami..amin~

Ahh..sudah! Melalut entah ke mana aku ni..Maaf ye!


~lalala~

2 ulasan: