Isnin, Ogos 08, 2011

'Tak puas hati...'

Aku baru je balik dari masjid. Tak khusyuk! Tak best! Tak enjoy pun solat tarawih malam ni. Kenapa? Asyik imam yang sama jek. Solat entah hape2. Takde tertib, lebih fokus takde tomakninah (berhenti sekejap antara setiap perlakuan solat)! Letih aku jadinya. Mengantuk! Bacaan ayat2 dalam surah tertentu tak kena dengan hukum tajwid, yang ada tanda 'sabdu' dibaca takde, yang sepatutnya ayat dibaca pendek tapi dipanjangkan.. uff, aku agak hairan juga, kenapa dengan permasalahan tersebut, individu itu masih dipilih sebagai imam masjid? bukanlah aku pertikaikan, cuma..yela, benda ni kena 'clarify' dan dibawa berbincang terlebih dahulu. Tapi dengar2 cerita, sesetengah daripada diorang enggan bermesyuarat, malah cuba bertanya.. 'mesyuarat untuk apa?'..

Ok, stop sampai di sini.

Entri aku semalam tentang segmen BJMM: seminggu berpuasa, apa cerita? langsung takde penyertaan. Takpelah. Mungkin tak berapa menarik minat bloggers. Yelah, empunya segmen ni pun bukanlah popular, takde aset untuk 'didagangkan' dalam blogging. Walau banyak mana pun aku duk 'ping' sana..'ping' sini..tapi kalau segmen tak menarik bloggers, tak menjadi juga. Takpelah..saje je ni.

Ok la..daripada duk pening kepala ni, 'better' aku buat benda lain, sebelum tidur~ Selamat malam.

Tiada ulasan: