Sabtu, Ogos 06, 2011

Rentetan entri... 'online job, boleh caye tak?'

Aha..baru balik dari masjid. Hujan lebat siottt...basah kuyup juga aku, walaupun 'driving'. Hujan tu kan rahmat dari Allah, hmm..tambahan lagi ini kan bulan Ramadhan, bulan yang mulia..

Bila aku tengok2 senarai komen terkini, masih ada juga blogger yang tanya pasal 'online job' ni, hehe..untuk beberapa bulan, entri INI jadi top ranking readers. Alhamdulillah. Dan di sini aku boleh buat kesimpulan, ramai antara individu di luar sana ada keinginan untuk mencuba 'job online' ni.. terus terang, aku masih belum mencuba, walaupun keinginan tu ada.. huhu..masih terus berfikir, dan berfikir.. Aku tahu, ramai antara kita yang nak senang dapat duit, dengan usaha yang minima..tanpa keluar peluh keringat, tanpa buang tenaga.. tapi perlu diingat, tak semua hal2 macam tu senang2 je boleh dapat..bak kata orang, 'kejayaan takkan datang bergolek'..'kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.....tengok? dari kata-kata hikmat tu sendiri dah menunjukkan bahawa nak hidup senang, kena ada usaha sikit..bukan main petik jari je.

Kesimpulannya, 'Nak senang bukan senang, tapi..nak susah bukan susah'.. Sekian.



~e'eh..macam penulisan BM la pula..hikhik.

Tiada ulasan: