Isnin, Ogos 15, 2011

"cuba cari HIDUP anda!"


Salam Ramadhan..malam ke-16.
Alhamdulillah..15 hari berpuasa penuh untuk setakat ini. Insya Allah, mudah2an kali ini aku dapat berpuasa penuh. Amin~

Bila aku mula untuk 'online'..aku terus buka 'muka buku'.. dan..

nampak? itu adalah status fb junior aku.. takyah la sebut nama dia kat sini k..cukup sekadar 'junior'..

diorang mula dah merasakan apa yang aku rasa sejak setahun yang lalu..dan sekarang. Tapi sekarang ni, aku rasa 'better' sikit dari setahun yang lalu..dengan bisnes kecil2an yang aku buat...takdelah aku merasakan dompet aku kosong sangat! Hmm, kalau kosong pun, aku dah simpan siap2 kat dalam bank..takdelah banyak mana.. ;) tapi syukur, alhamdulillah..

Bahang atau bahana yang mula menimpa aku dan rakan2 lain dah mula dirasakan oleh junior2 lepas aku..nasihat aku, daripada takde buat apa langsung, cuba cari peluang dan potensi di sekeliling korang..insya Allah,mesti ada..sebab rezeki Allah Maha Luas..tinggal kita je mencarinya, ok!

Untuk rezeki kerja sebagai 'nurse' tu...jangan stop sampai di sini je, teruskan mencari..tapi dalam masa yang sama, cari pengalaman kerja lain pula..hidup takdelah boring sangat..ye tak?!

Tiada ulasan: