Jumaat, Julai 29, 2011

Warm Welcome to Gie!!

alhamdulillah..itu adalah perkataan pertama terkeluar dari mulut aku. agak2 korang kenapa?
aku bersyukur sangat..kawan aku (boleh dikira geng USM dulu) telah selamat sampai dan berpijak di pekan Beaufort ni, bersama suaminya. Petang tadi, aku berkesempatan untuk jumpa dengan dia sekaligus tumpangkan diorang ke hospital, untuk lapor diri bekerja. Insya Allah, kalau takde halangan, Isnin ni dia start kerja..dan kalau boleh, aku nak mak aku berkenalan dengan dia..ada la juga minta tolong tengok2kan dia di sana. Maklum, dia orang baru di sini..aku dah merasakan apa yang dia rasa sekarang ni, 4 tahun dulu..semasa aku duk study kat USM, Kubang Kerian, Kelantan.

hmm, bila difikir-fikir, cemburu tak lari dari tangkai hati aku ni.. bestnya dia, dah dapat kerja tetap..hmm, dengan gov pula tu.tambahan pula dia orang seberang Laut Cina Selatan, sah2 dapat banyak elaun (elaun rumah, elaun kereta, dan macam2 lagi la) dia sangat2 beruntung, syukurlah.mungkin inilah yang dikatakan, rezeki selepas berkahwin. dan lebih tepat lagi, rezeki anak dalam kandungannya.. ;) sweet kan? benarlah orang kata, kehidupan selepas berkahwin dan punya anak bukan menambah kesusahan, tapi menambah rezeki!! nampak? Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. jadi, jangan lupa untuk selalu bersyukur dengan nikmat yang Dia berikan, sebab setiap kali bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat berlipat ganda.Ingat itu!

* aku tak amik pula gambar kitorang dua jumpa tadi..hmm, esok insya Allah aku snap! ;)

Tiada ulasan: