Jumaat, Julai 29, 2011

SEO..bagus ke tak??

aku sekarang ni tengah duk layan Kemuncak Pentas Kilauan Emas di Astro Prima neh..huhu..serius, aku terpegun sangat dengan suara dan nyanyian makcik ni, yang bernama Puan Shamsiah (kalau aku tak silap la)..cara dia alunkan lagu tu, melodi, pernafasan dan penghayatan, pakej yang sangat lengkap untuk bergelar JUARA.. "hmm, JUARA la dia (makcik) ni.." haa..itu bukan aku yang cakap tau..tapi bapa aku sendiri! hehe...

sebenarnya, konsert ni bukanlah disiarkan secara LIVE, tapi ni kira siaran tertunda la kot..baru disiarkan time ni. aku tak nafikan, semua finalis pentas ni sangat2 berbakat!! dengan gaya nyanyian tersendiri..memang ummppphhh la! jangan sangka, golongan2 berumur macam ni tak reti menyanyi, tapi kadang2 lebih hebat dari orang muda macam kita ni tau! haha..

maaf la ye. tiba2 terus menyimpang dari tajuk pula.

hmm, sebenarnya nak tanye ni..aku tengok kat dashboard ni, ramai yang duk buat entri pasal teknik SEO..teknik SEO ni..hmm..aku dah cuba Gooooggglllee tapi masih tak faham.bukan tak faham ape, cuma sedikit hairan bin pelik, sesetengah blogger kata teknik SEO ni kalau diguna pakai dalam blog, boleh naikkan trafik, tapi ada sesetengah tu pula kata, 'WASPADA! jangan guna teknik SEO!' hmm..kenapa pula macam tu? ada siapa2 boleh terangkan di sini? terima kasih! ;)

~agak2, siapa juaranya?? tungguuuu..~

Tiada ulasan: