Sabtu, Julai 30, 2011

"dah ready untuk Ramadhan?"

salam..entri pertama untuk hari ni. Siang tadi sibuk sikit, langsung tak dapat online.Aku g temankan kawan aku jalan2 di sekitar pekan dan shopping barang2 keperluan untuk puasa lusa, insya Allah. Rasa kasihan aku berterusan sampai tadi, apa lagi esok hari..bila si suami kepada kawan aku tu akan 'terbang' ke KL esok hari, pulang ke seberang sana..maklum, Isnin ni kan dah start cuti, dan kawan aku akan tinggal keseorangan di bumi Sabah ni, tiada saudara mara..dan akulah harapannya untuk 'hidup' di sini. Insya Allah, aku akan bantu dia menyesuaikan diri untuk hidup di sini.. kalau aku boleh hidup di bumi Kelantan 4 tahun dulu, kenapa tidak dia??

hmm, aku ingatkan hari ni tengok anak bulan Ramadhan..rupanya esok petang. hehe..salah info! tadi g tamu pun ramai orang duk berkunjung..mungkin ramai yang beli barang2 dapur untuk persediaan puasa nanti. Tapi sebenarnya apa yang penting? persediaan dalaman / mental..aku sangat2 berharap, Ramadhan kali ni aku akan dapat penuhi dengan amalan2 baik di samping berpuasa, insya Allah.

salam Ramadhan ;)


Tiada ulasan: