Khamis, Jun 23, 2011

penganggur yang BERJAYA!!

selamat pagi!

dah sarapan? aku baru je balik dari hospital, teman nenek pergi lab, untuk 'withdraw blood'..jap je..10 minit, lepas tu sarapan..di restoran selera canggih!! haa..gempaq tak nama tu?? orang pun ramai yang menjamu selera di sana..

masa di 'lab' tadi, ada dua orang 'staff lab', yang bertanggungjawab untuk 'withdraw blood patient' yang datang..staff tu masih muda lagi..silap2, sebaya aku..dan tiba2 terlintas di hati aku..
'bestnya diorang..dah ada keje tetap..'confirm' gaji tiap bulan.tak lari RM2-3 ribu sebulan...kete dah ada sebijik, dan macam2 lagi dapat dimiliki...'
astaghfirullahala'zim..
bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni, tapi rasa 'jealous', rasa 'iri' tu tak pernah lekang dalam diri aku..bila melihat kejayaan orang lain..di sekeliling aku..

ya Allah, ampunkan aku..;'(

kepada pembaca/pengunjung setia blog aku, mesti korang perasan, cerita dalam entri2 aku semuanya berkisar tentang yang sama..jobless, jobless, jobless.itu je..aku takde cerita menarik, tentang pengalaman bekerja untuk pertama kalinya, cerita tentang bahagia punya keluarga sendiri, macam pinkymomma..dan lain2 lagi..

inilah aku...si penganggur, BERJAYA..insya Allah..amin;')

Tiada ulasan: