Sabtu, Jun 18, 2011

MLM business...haih..

petang semua!
update untuk hari ni:

seperti yang aku ceritakan semalam, hari ni jadual aku ialah..berjumpa dengan seorang cikgu=bekas student bapa aku masa di SBPS dulu..untuk program SKOR 'A'..dan apa yang aku dapat??
pada mulanya aku ingatkan aku akan bekerja di bawah program tu..lebih tepat lagi, mengajar budak2 tuisyen..tapi sebenarnya, ianya adalah satu bisnes MLM (multi-level marketing)..tau kan maksud aku? cuma ianya berdasarkan WEBUCATION..online education..ya, asasnya memang bagus..sangat bagus!! tapi bagi aku..semua ini pokoknya ada 'RM'..tu jek..berbekalkan modal sebesar RMxxx sebagai permulaan..untuk aku, aku belum bisa lagi untuk join..modal pun tak cukup..macam biasa, keyakinan aku masih belum kukuh untuk join program ni..aku sendiri dari dulu lagi time study di 'U', aku pernah di'dekat'kan untuk satu bisnes MLM macam ni juga..tapi alih2, aku tak berapa berminat..walaupun duit masyuk, tapi aku tak berapa minat tang cari orang di bawah kita ni..huhu..sorry to say, ini hak aku, untuk menentukan mana yang terbaik untuk masa depan aku..sekali lagi aku nak cakap di sini, program SKOR 'A' ni memang bagus, tapi kalau minat takde, tak jalan juga kan? betul?? dalam menentukan yang terbaik untuk diri sendiri, aku ada juga minta pendapat orang lain tentang benda ni..tentang pengalaman diorang join MLM ni..bukankah itu lebih baik? ;)

ok la..tutup cerita tu..
sekarang ni, TPM datang ke pekan, tempat aku tinggal..sempena persidangan UMNO..haa..mesti masuk berita tv3 malam ni..hehe.tapi kompom2, muka aku takdelah masuk tv..haha..bukan aku ada kat sana..aku sekarang kat rumah ni..baru je lepas minum petang..sambil layan lagu2 pilihan pantai timur, THR Gegar!!! yeah!

'aishteru'

3 ulasan:

Luna Nisa berkata...

Lar..MLM ke?? hati2 weh..huhu

cik arija berkata...

loh,mlm rupenye..aku igt akak tu nk offer jd cg tuesyen kat ko..sabor jela

cik blogger berkata...

aah..tula psl..huhu..sbnrnya jujur, aku tak berapa minat..huhu..buat bisnes minipopia lagi bagus!!