Ahad, Jun 19, 2011

Mari Menari musim 2..mula lagi..

malam ni, aku dan mungkin seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti artis tanah air kita..dikejutkan dengan berita 'perginya' permata dalam bidang lakonan..Zami Ismail atau digelar Pak Uda..meninggal dunia yang didiagnos serangan sakit jantung..Allah lebih menyayanginya..salam takziah kepada keluarga Allahyarham..al-Fatihah~

dari satu ke satu program realiti dibuat di negara kita ini..bosan dengan bidang nyanyian, digantikan pula dengan bidang tarian..program Sehati Berdansa menjadi titik permulaan, diadakan dalam 3 musim (kalau tak silap), melibatkan artis2 Malaysia yang dah pun berkahwin..selepas itu, program yang sama ditukar nama, dengan Mari Menari...kali ni melibatkan rakyat Malaysia..suami isteri, adik-kakak, adik-abang, ayah-anak dan terbaru ibu-anak!! tahun ni, dan sekarang adalah untuk musim ke-2..dari tak tahu menari, sehingga boleh jadi pro!! wah...memang tabik spring la..tapi kepada mereka yang memang ada 'basic' dalam tarian ni, ianya merupakan satu bonus untuk diorang..kepada yang langsung tiada..kena dalami lagi bidang ni..

ok la..MM nak start dah ni..jom layan~
siapa pula yang tersingkir malam ni?

2 ulasan:

cik arija berkata...

ye ka??lama dah xnampak dia berlakon..alfatihah utk beliau, semoga rohnya aman

cik blogger berkata...

aah..amin~