Isnin, Mei 16, 2011

mencuba untuk 'Ketuk Pintu Rezeki' lain..

16 Mei 2011.
Selamat Hari Guru!!! aku ucapkan kepada cikgu2ku di Sek.Keb. Lumadan, Sek. Men. Keb. Agama Kota Kinabalu, Kolej Matrikulasi Labuan & USM Kampus Kesihatan, Kelantan..
16 tahun aku belajar tanpa henti..dan 10 tahun menjadi penghuni asrama bermula dari tingkatan 1 sampailah tahun 4 di USM.. lama kan? hehe..tapi best apa duk asrama..serius! mendidik aku untuk jadi seorang yang berani dan berdikari..
beberapa bulan yang lalu, aku mencuba nasib untuk cuba bidang baru, luar dari bidang kejururawatan yang aku ambil sebelum ni..apa lagi, bidang perguruan la! huhu..apply DPLI..tapi percubaan itu terhenti begitu saja..sebab " maaf, anda tidak dipilih untuk menduduki ujian MEdSI" ohh, sedih tak? ini baru peringkat pertama..huhu..takpelah..aku redha..Allah dah tentukan rezeki aku belah mana..Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..mungkin bidang perguruan bukan bidang yang sesuai dengan aku..takpe, aku saje je cuba nasib..cuba 'ketuk pintu rezeki' lain.. tak salah kan mencuba?



Tiada ulasan: