Jumaat, Mei 06, 2011

Indahnya pagi Jumaat, 6 Mei..

kek di atas adalah untuk tahun 2009.. (kalau tak silap!)

pagi-pagi ni aku dah mula tersentuh..tengok MHITV3 pagi ni, aku tiba2 tersentuh dengan cerita kak Wardina..tentang IBU..benar kata kak Dina, doa ibu adalah segalanya..."selagi seorang wanita belum menjadi ibu, bagi saya dia belum matang..sebab belum pernah merasakan perit payah dalam menjadi seorang ibu.."

sempena hari ulang tahun aku hari ni yang ke-24 tahun, semalam aku telah niatkan pembacaan surah Yassin, kepada kedua orang tuaku, semoga Allah panjangkan umur mereka berdua, kurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup untuk mereka berdua.amin~ tidak ketinggalan agar Allah panjangkan umur aku, dan murahkan rezeki aku...terutama sekali, mudah2an selepas ini, aku akan dapat kerja yang tetap..dan juga ditemukan jodoh yang terbaik buat aku dan keluarga..amin~

buka FB ni tadi, dah banyak rakan2 FB yang mengucapkan "Happy Birthday", "Selamat Ulang Tahun"..dan tidak kurang juga yang mendoakan agar dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki..tak kurang juga yang wish melalui telefon, dan SMS..terima kasih semuanya.. ;)

Umur 24 tahun ni, aku boleh dikira berjaya dan tengah menjalankan perniagaan kecil-kecilan minipopia...dan alhamdulillah, perniagaan agak maju...kalau bukan aku yang jual secara langsung, aku minta tolong Makcik Aishah jual di kedai runcitnya..tak pun, ada yang offer untuk tolong jualkan di tempat kerjanya,iaitu makcik aku sendiri...adik aku pun offer nak tolong jualkan di sekolah, tapi agak kurang bernasib baik, seorang dari kawannya pun tak beli jualannya..huhu...takpelah, aku faham..budak2 kesempitan duit.. ;) apa2pun, aku bersyukur..alhamdulillah ;D

mudah-mudahan, selepas ini, ada kerja tetap yang menyusul untuk aku kelak..amin~

terima kasih Ya Allah..

2 ulasan:

Luna Nisa berkata...

Happy besday my best fren!!gud luck in your future! all the best k..dan semoga cepat kawen..hehehe

cik blogger berkata...

terima kasih my best friend! insya Allah..cepat kawen? semoga mulut ko masin..ngeh2~ ;p