Ahad, Mei 29, 2011

GEMPAR!! accident masuk halaman rumah!!

pagi semua!

hmm..pagi ni aku nak cerita ceriti la..hmm, korang nak berita GEMPAR atau berita mingguan??
hmm..aku dapat agak..mesti korang nak cerita GEMPAR kan?
ok!..takpe, aku nak cerita berita mingguan dulu k...sebab lepas tu, timbul cerita GEMPAR!!!

sabar eh..

konsert AF9 malam semalam..seperti sudah dirancang..budak Fina tu semalam dapat imuniti..hmm, bukan main lagi tersengih sampai ke lubang telinga..lepas tu, diumumkan Lena pula tersingkir..tapi tak jadi, sebab minggu ni takde penyingkiran..hmm, bukan aku seorang, seluruh Malaysia yang tengok pun dah masak dengan 'permainan' ni..ahh..sudah la.malas nak bahas..layan je la kan?

ok..cerita GEMPAR yang aku maksudkan ialah..

semalam tengah nak habis tengok konsert AF9, tiba-tiba...
"dum...dam...dam..DUMM!!"
"Ya Allah..apa tu nut?" aku bertanya kat adik aku.."entah..weh, panggil napi (adik aku=bomba terlatih)"..
tak lama lepas tu, adik aku turun dari biliknya...
"ada orang accident!!"
"hah??!!!!! di mana??"
bila aku tengok kat luar..sah! masuk dalam kawasan halaman rumah kitorang..kat kawasan kebun sebelah rumah, sebelah hadapan..adik aku nampak dua biji lampu menyala..sebab tu dia kata macam tu.. myvi limited edition warna putih remuk bahagian tepi kereta dan juga bumper..huh! teruk! pemandu adalah seorang gadis..baru balik dari labuan, dia dalam perjalanan nak balik kampung, yang mana melalui jalan depan rumah kitorang ni..si gadis itu berkata..dia mengantuk masa drive..dan aku ada juga dengar cerita..time dia drive, dia nampak jalan di kawasan kemalangan tu lurus je..adik aku kata, bapa aku pernah bagitau..pokok cempedak di kawasan kemalangan tu 'berpenghuni'..hmm, entah la..susah nak cakap..mungkin sah dia mengantuk..

apa2pun, keretanya dah diangkut oleh trak kren dalam setengah jam yang lalu..mungkin report polis pun dah dibuat..jadi semuanya dah pun selamat dan selesai..

hmm..pengajarannya??
>> BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!
>> JANGAN MEMANDU KETIKA MENGANTUK!
>> KEPADA MANA2 PEMANDU PEREMPUAN, KALAU NAK DRIVE WAKTU MALAM, SILA BAWA TEMAN SEKALI..KOT2, JADI APA2, KITA TAK TAHU KAN? NAU'ZUBILLAHI MIN ZALIK!



malang tidak berbau..bersama ambil iktibar..

Tiada ulasan: