Rabu, Mei 11, 2011

ada juga cikgu yang macam ni..SILA BACA!! PENTING!

Alhamdulillah, segelas teh panas dan biskut 'mayat' dah aku lahap..hehe.korang minum petang dah?

ada satu cerita aku nak kongsi kat entri untuk petang ni..

pernah tak anak atau adik perempuan korang dikehendaki untuk menyertai satu aktiviti di luar sekolah?? kalau tak pun, korang sendiri? pernah tak join? mesti pernah kan? maklum, itu kan sebahagian markah ko-kurikulum..
ok..sebelum join, mesti cikgu bagi surat kebenaran ibu bapa untuk diorang tandatangan kan? sama ada setuju atau tak? betul?
ok..bila dah dapat tandatangan persetujuan dari ibu bapa tu..mesti aktiviti berjalan dan mesti ADA CIKGU YANG MENGETUAI ROMBONGAN tu kan?betul??
ok..perkara SEBALIKNYA berlaku kat adik aku.. sejak sebulan yang lalu (kalau tak silap) adik aku kena join satu aktiviti kemasyarakatan di bawah subjek Pendidikan Sivik & Kenegaraan..dan satu aktiviti yang cikgu diorang dah tetapkan ialah.."gotong royong di masjid yang terpilih".. pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang dalam setiap kumpulan..antara masjid yang dipilih ialah masjid di mana2 kampung terpilih..dan apa yang membimbangkan dan menyedihkan aku dan ibu bapa ialah...aktiviti ini TIDAK DIIRINGI OLEH SEORANG GURU PUN!! dah la jauh dari rumah, aktiviti ni pula dijalankan pada waktu hujung minggu! pelajar2 ni main gerak sendiri je..
walaupun aku belum pun bergelar dan merasa untuk menjadi seorang ibu, tapi bagi seorang akak kepada adik aku, aku pentingkan KESELAMATAN diorang! apa lagi budak2 tu pelajar PEREMPUAN! bahaya tau!
ni tadi, adik aku sendiri bagitau..cikgu dia tu MARAH kat parent aku..sebab dia tak ikut sekali dalam aktiviti anak muridnya..adik aku kata, cikgu tu dah kahwin, dah ada anak dua pun..seorang perempuan, kecik lagi..tapi mungkin dia tak rasa risaunya seorang ibu atau bapa bila anaknya terutama sekali perempuan takde disisi diorang, takde depan mata diorang..
jadi, kalau korang di tempat aku, apa perasaan korang??
apa tindakan yang perlu dan MESTI dibuat untuk cikgu seperti ini??
pesanan aku, kepada sesiapa yang bergelar pendidik atau lebih tepat lagi GURU atau CIKGU, tolong la prihatin dengan keselamatan anak2 murid anda..sebelum apa2 berlaku..fikirkan kebajikan dan keselamatan diorang..tak kira, pelajar LELAKI atau PEREMPUAN..sebab bila diorang di sekolah, tanggungjawab terletak di bahu para guru..ingat tu!

p/s: kalau nak adakan sebarang aktiviti di luar sekolah..minta tolong sangat, iringlah budak2 tu..takut jadi apa2, tak pasal2 kena saman..haa..nak ke jadi macam tu??

kesal..

Tiada ulasan: