mood tenang..baru lepas pekena teh panas dan pisang goreng PANAS!!!
nampak sedap kan? hehe..
hmm, ABP (blogger) seakan diterbitkan la pula..seperti ada aura2 untuk dilaksanakan..seorang blogger dah start menyenaraikan ciri2 pemilihan pencalonan blogger paling popular..nak tengok? KLIK! macam mana? rasanya, kalau ada sponsor, mesti JALAN punya la!
hmm, aku tengok cerita Gemilang di TV3 setiap hari Isnin malam..dah makin menyimpang plot utama cerita ni..pada awalnya, aku..dan mungkin orang lain tertarik dengan permulaan cerita yang berkisar tentang kepayahan orang dulu2 untuk bersekolah! dan sekarang? malam ni? 2-3 minggu yang lalu dah start dah pun..jalan ceritanya boleh dikatakan 90% tergolong dalam bab CINTA dalam kalangan guru2 pulak tu..khianat kawan, dan seumpamanya la..hmm, aku tengok pun makin rimas! mungkin sebab pembawaan watak cikgu Ruhana tu yang berjaya membuatkan aku..dan juga penonton lain GERAM, MELUAT! huhu..inilah kejayaan beliau..dalam lakonan sulungnya.. (yeke? itu yang aku perasan la..maaf kalau silap)..diharapkan 'cikgu Ruhana' akan bawa watak lain pula..boleh kan? apa2pun, aku masih dan tetap tengok Gemilang tu malam ni..hehe.jangan risau.. ;)
p/s: aku masih menyokong penggiat seni tanah air..kritikan? itu akan membuatkan diorang lebih maju ke hadapan..asalkan jangan terlalu memburuk2kan diorang..sudey~betul?
ada gaya pengkritik?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan