kat luar ni tengah hujan lebat..kompom sejuk malam ni kan?? hehe..
dalam hujan2 macam ni, akhirnya video di Youtube yang aku tunggu2 telah pun keluar!!
Usop Wilcha yang fofular tu! haa..sape setuju, angkat tangan macam saya?? hahaha... ;D lawok beno!! puas hati aku! tq kepada uploader..
petang tadi, tengah duk sembang2 dengan mak, nenek, pakcik & makcik, dan sepupu aku..tiba2 satu idea muncul..untuk aku mengajar tuisyen kepada sepupu aku seorang tu..kebetulan, dia lemah dalam Math..apa salahnya jika aku membantu? kebetulan lagi, aku kan JOBLESS, dapat juga la pengalaman macam mana peritnya mengajar ni! perit?? mungkin pada awalnya macam tu..sebab tak berpengalaman untuk membuatkan pelajar kita faham apa yang kita ajar..
dan satu frasa yang aku belajar untuk malam ni..dari bapa aku..dia kata apa?
"kalau nak mengajar..JANGAN MENYURUH! tapi MENGAJAK!"
boleh faham tak? frasa ni aku rasa sangat berkait rapat dengan teori yang aku pernah sebut sebelum ni..Social Learning Theory by Albert Bandura...ingat tak? apa yang kita buat, individu sekeliling kita akan ikut apa yang kita buat..sebab kita adalah role model kepada mereka..jadi di sini, aku nak bagitau...kalau kita bersungguh-sungguh2 dalam menyampaikan sesuatu, insya Allah diorang dapat terima..dan diorang juga akan belajar bersungguh-sungguh..dan itu semua memerlukan KESABARAN yang TINGGI!
aku rasa, kalau benda ni jadi dan sukses..mungkin aku cuma sedekah je..takde yuran itu ini la..bakal2 pelajar aku pun bukan orang lain..sepupu dan saudara aku sendiri..buat apa nak berkira sangat kan? kalau maju..mungkin boleh dijadikan bisnes! aha..
semoga Allah mempermudahkan segalanya selepas ini..amin~
p/s: hmm, tak disangka-sangka..aku ada otak bisnes jugak ek?? hurmm...thinking again~
forward in life..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan