pagi!!
aku baru siap mengemas rumah..as usual la kan? rajin? itu dah tugas aku..
sebelum tu, aku baur balik dari hantar adik aku ke sekolah di pekan..ohhh, pekanku, Beaufort..BANJIR LAGI! air naik woooo..
biasalah tu, kalau dah hujan setiap hari..mesti air di empangan Pangi, Tenom akan naik..dan akhirnya empangan tu dibuka dan air yang naik itu terus mengalir ke muara..dan pekan Beaufort jugak akan terkena akibatnya..iaitu..BANJIR! huhu..
cuaca kat sini masih lagi mendung..hujan lebat semalam..
kawasan korang pula macam mana?? cuaca mendung jugak ke? biar mendung di luar..jangan 'mendung' di 'dalam' diri..;)
nukilanpagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan