Khamis, Mac 31, 2011

dreaming of my future family..

ok..sekali lagi dreaming session aku..huahuaa.

hmm, bila dah nikah dan kahwin, insya Allah..akan ada cahaya mata, pelengkap hidup aku dan suami..
dan antara nama2 yang aku telah pilih dan cadangkan ialah:
-anak lelaki: Irfan / Irsyad / Irham
-anak perempuan: Qistina /Qalesya / Qaisara

insya Allah, kami berdua akan didik anak2 permata hidup ni dengan didikan agama yang cukup, pendidikan ilmu yang mantap..dan salah satu cara yang aku terfikir sebagai selingan untuk diorang ialah..aku teringin nak bacakan diorang buku cerita..bukan fairytale..atau apa2, ok! aku teringin nak ceritakan tentang agama, tentang nabi dan para rasul..dan tidak ketinggalan, asal usul salasilah keluarga..hmm, budak2..tak berapa ingat pun, tapi aku yakin, dalam lingkungan umur macam itulah memori diorang sangat kuat untuk mengingat setiap fakta yang diorang dengar..dan baca..

insya Allah, kami juga akan mendidik anak2 untuk mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam..mengajak, mengajar..dan mengikut teori yang aku pernah belajar sebelum ni, "Social Learning Theory" dari Albert Bandura, mengatakan bahawa..'People can learn by observing the behavior is of others and the outcomes of those behaviors'..contohnya..setiap perbuatan atau perilaku ibu atau bapa akan dilihat sebagai contoh atau role model bagi si anak..tak mustahil kalau anak2 yang tak menjaga solat adalah berpunca dari ibu bapanya sendiri yang tak menjaga solat..

ya Allah, semoga aku sempat untuk mengecapi nikmat ini..amin~

ku bermimpi

Tiada ulasan: