Selasa, Mac 22, 2011

AKU BENCI ROKOK


segmen terbaru dari bro Ben kite! segmen yang agak berlainan dari yang sebelumnya..

AKU BENCI ROKOK!!

kenapa aku sangat benci? sebab rokok membawa maut! serius, aku sebenarnya tak suka asap rokok yang dihembus oleh perokok2 tegar!! yang kuat merokok, eeee..tak suke2~
kita yang bukan perokok dari segi fizikal, tapi juga boleh digelar perokok pasif!! haa!!! kenapa? sebab kita tersedut sama asap rokok tu! malah perokok pasif lebih berisiko 70% untuk mendapat kesan dari asap rokok itu sendiri!! teruk tak?? sangat teruk dan bahaya kan?? itulah sebabnya aku benci rokok!

kepada mereka yang merokok, tolong la berhenti untuk merokok!! sebab aktiviti itu banyak membawa keburukan dari kesejahteraan. Tak mendatangkan faedah, bawa penyakit ade la..hish! bukan itu aje, korang membawa penyakit untuk orang lain di sekeliling korang...sedar tak?? macam2 promosi kesihatan yang dibuat, diedar, disiarkan di tv..tapi langsung tak berkesan! aku tahu dan faham untuk berhenti dari merokok, bukan senang dan semudah itu..perlukan keazaman yang kuat, dan dorongan dari orang sekeliling..dan semangat juang yang tinggi..berjuta-juta promosi pun takkan berjaya aspek2 yang aku sebutkan tadi tiada..percaya pada diri sendiri..anda boleh!

kepada mereka yang bakal dan teringin nak merokok, tolong jauhkan diri korang dari benda jahanam tu..(uishh,kasaqnya! hehe) korang tahu kan, merokok tu boleh bawa maut! haa..beginner smoker selalunya tergolong dalam kalangan budak2 remaja kan? haa...nak kawin tak? jangan la merokok k..nanti tak sempat nak kawin.hikhik... ;p

bagi aku, perokok ni semuanya terpengaruh dari orang sekelilingnya..teori yang aku pernah belajar sebelum ni terbukti kebenarannya..Social Learning Theory, yang diasaskan oleh Albert Bandura..yang mana terdiri daripada 4 peringkat utama: 1) close contact 2) imitation of superiors 3) understanding of concepts 4) role model behavior .. nak tahu lebih lanjut, check kat SINI yek!

ok la..aku rasa dah siap kot! hehe..


6 ulasan:

Rafi Nilhan berkata...

saye nak kawen..so taknak merokok la..hehee :p

http://kchhitam.blogspot.com/2011/03/mandul.html

nikaviolet berkata...

hye....nice opinion lah...
kalau sudi jenguk2 lah my blog...
follow awk nie...
salam perkenalan....

http://nikaviolet88diary.blogspot.com/

Lulu caldina berkata...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

Lulu caldina berkata...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

SiS NaD berkata...

SiS PuN BeNCi RoKoK!~ JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V

cik blogger berkata...

yes!! jom bloggers! katakan TAK kepada ROKOK!!