Isnin, Februari 14, 2011

effective techniques reduce period cramp?!!

petang semua!

ok, macam biasa,petang2 macam ni, aku jalan2 blog, jenguk2 blog yang menarik perhatian aku..
cari punya cari..jeng3~ jumpa satu entri bro Ben kite..sape tak kenal dia kan? al-kisah dia hampir termakan ubat senggugut isteri dia..hehe..

memandangkan aku bekas nursing student, aku kira concern sikit pasal health & management ni.ececehh..hehe..bukan ape, mungkin sebab minat yang mendalam untuk bidang tuh..eh, bebel pulak aku..kwang2~

ramai juga antara wanita yang belum berkahwin, biasanya akan mengalami 'period cramp' atau senggugut..tak kurang juga kepada yang dah pun berumahtangga..tapi aku tak kata semua, ok..yang tertentu sahaja..jujur, aku termasuk dalam golongan yang boleh dikatakan selalu senggugut bila period..sakit memang tak terkata..semua ni aku start 'experienced' time kat matrix dulu..sampailah sekarang..aku pernah cuba macam2 untuk hilangkan sakit tu..tapi benar kata orang, pengalaman mendewasakan kita..bagi aku, sebenarnya kalau boleh, elakkan dari makan ubat selagi kita boleh tahan sakit tu..ada banyak cara untuk hilangkannya..tapi di sini aku nak tekankan...semua ni datang dari MIND SET kita! kalau kita terus fikir 'aduh, sakitnya...ya Allah!.." so, otomatik, signal dari otak kita akan terus hantar ke otot2 rahim tu untuk terus menegang dan sakit..jadi, kita hanya perlu ubah MIND SET tu..dan dari apa yang aku belajar...satu teknik yang berkesan tanpa guna ubat [seboleh2nya la..] ialah DIVERSIONAL ACTIVITY! apa benda yang kita boleh buat melalui teknik tu? senang jek..bagi aku, TIDUR adalah salah satu DIVERSIONAL ACTIVITY..percaya atau tak? mungkin ramai yang akan cakap..."kalau dah sakit, mana boleh tido dah'' ya..tapi aku kena paksa juga untuk tidur..dengan cara fikir benda yang indah2..janji, selain dari fikirkan SAKIT tu..di samping tu, bengkokkan kaki dengan cara rapatkan lutut ke arah dada..[boleh bayangkan kan?].. cara ini dapat membantu otot2 rahim untuk mengecut dan sakit pun kurang..

ok, satu lagi, bila dah rasa nak2 period tu, elakkan makan makanan yang berminyak/bergoreng, pedas..dan air sejuk.. [aku amik dari majalah2]

dan satu lagi..korang kena juga sediakan "MENSTRUAL CALENDAR".. benda ni aku 'grab' & 'apply' time aku praktikal di wad Gynae..kiranya benda ni membantu untuk persiapan kita sebelum period..

fuhhh!! panjang lebar penjelasan aku nih..sebenarnya nak taip lain..lain pulak yang tertaip! hahha..takpelah..ini pun untuk kepentingan kita untuk LADIES2 semua!! kan3~

ok la..aku nak minum petang jap.. malam nanti, insya Allah, aku nak update blog ini dengan entri2 yang cukup menarik!!!

tata~


Tiada ulasan: