Isnin, Februari 14, 2011

cerita gempar? gempak?

pagi semua!
aku rasa macam dah lama tak update blog ni..huhu..
yang aku pasti, entri sebelum ni biasa2 jek..
ok, hari ani aku nak update dengan cerita yang cukup menarik yang berlaku dua tiga hari ni..haha..

semalam, 13hb Febuari 2011, dengan tidak semena-mena...seekor 'skunk' telah menggemparkan isi rumah kami! rasa tak percaya pula..macam mana dia boleh masuk dalam bilik nenek aku..huhu..lawak pun ade juga..ya, mungkin sebab banjir seminggu yang lalu, jadi semua haiwan2 hutan termasuk 'dia' berkeliaran lari untuk menyelamatkan diri..dan akhirnya, bilik nenek aku juga yang dia 'singgah'..huhu..bila didekati dan dia rasa terancam, macam biasa, dia akan mengeluarkan bau kentut yang sungguh2 busuk!! oh, sebelum ni aku cuma terhidu bau kentut dia jek, tapi kali ni pula secara LIVE aku dapat tengok 'skunk' yang sungguh comel!! huhu..rasa nak pelok jek..kikihh.. oh ye, sebelum terlupa, kitorang kat sini panggil 'skunk' tu dengan nama 'senggung'.. 'skunk' tu telah pun selamat dibawa 'lari' ke mana entah, oleh seorang budak yang berjaya tangkap dan masukkannya dalam karung.. tata 'skunk' yang comel!! =P



ok, cerita yang ke-2 ni pula, dah lama aku nak buat entri ni..tapi takut benda ni sensitif pulak.. takpelah, aku bukan nak kutuk ke ape, tapi saje nak kongsi apa yang aku rasa, dan dengar..
oraitt..
tadi pagi, time tengah cuci kereta, aku terdengar berita kat radio THRfm, tentang jumlah pilihanraya kecil yang semakin meningkat, ekoran kematian ADUN dari hampir seluruh negeri. aku dengar dari mulut orang lain "wah, makin banyak la peruntukan di kawasan yang nak pilihanraya tu..banyak projek itu ini..pastu, bajet @ peruntukan yang sepatutnya ada di suatu tempat atau lain2 semua lari untuk projek tu la.."
itulah antara rintihan yang aku dengar dengan telinga aku sendiri..huhu..aku tak nak komen apa2..orait?

dan selepas seminggu kejadian banjir di rumah ni, hampir semua barang2 beres dikemas..insya Allah pagi ni last touch up la..ececehh..hehe.bukan ape, kira basuh2 pinggan mangkuk yang kena lumpur je..sikit je yang tinggal..apa2pun, penat? memang masih lagi penat...tak hilang2 lagi..huh..

ok, jumpa untuk next entri orait~


Tiada ulasan: